Dengan Izin dan Ingin Petugas Tabung Haji 1444H/2023M Menyambut seruan Bumi Haramain

\"\"

Menziarahi tanah haram Mekah dan Madinah menjadi impian dan hasrat hati setiap umat Islam di seluruh dunia. Tanpa mengira kedudukan geografi, tanpa melihat latarbelakang diri saat sampai izin Ilahi, bumi haramain akan dijejaki.

Tugasan di tanah air adakala menjadi asbab tertunainya ingin. Setelah bertugas hampir 15 tahun di radio IKIM akhirnya Penyampai Radio merangkap Penerbit Rancangan Radio IKIM, DJ Norhayati Paradi dijemput oleh Lembaga Tabung Haji menyertai misi tugasan di tanah suci sebagai Petugas Media Tabung Haji.

Bagi mengekalkan status TH sebagai badan pengendali haji terbaik di dunia, bukanlah tugas yang ringan untuk di galas oleh 670 orang petugas haji yang di lantik oleh TH. Mereka merentas pelbagai bidang bagi merialisasikan impian TH menyantuni 31,600 Duyufurrahman pada tahun ini.

Radio IKIM berperanan berkongsi maklumat semasa juga perjalanan perlaksanaan haji bagi mendapatkan khabar dari tanah suci setiap hari menerusi Laporan Haji di dalam Berita IKIM jam 8.00 pagi. Bagi generasi muda pula, sesi #DJYatiNaikHaji akan berkongsi cerita di platform tiktok IKIM setiap malam pada pukul 9 malam.

Selain itu, rancangan Debaran Mabrur juga akan di siarkan bagi menjiwai perjalanan rohani sepanjang hari wukuf. Tidak ketinggalan juga radio IKIM bakal membawa pendengar mengimbau kenangan haji menerusi penerbitan Dokumentari Khas Haji yang bakal bersiaran pada Hari Raya Aidiladha nanti.

Semoga hasrat kesemua tetamu Allah pada musim haji 1444H/2023M bagi peroleh haji mabrur di perkenan oleh Allah Azzawajalla.

Perkongsian gambar semasa keberangkatan #DJYatiNaikHaji

\"\"\"\"

Disediakan oleh,

Norhayati Paradi

Penerbit Radio IKIM/Petugas Media Tabung Haji

Scroll to Top