Bekas pemain JDT, Asraruddin Putra Omar berhijrah ke Mekah

 

\"\"

 

Mekah, 11 Jun (IKIM) – Asraruddin Putra Omar, 35, pemain bola sepak yang pernah menyarung jersi kebangsaan, Selangor dan JDT kini berhijrah ke Makkah untuk memenuhi impiannya menetap di Tanah Suci.

 

Perpindahan ke bumi penuh barokah dibuat atas kehendak diri sendiri yang mahu mendalami ilmu agama dan mencari ketenangan hidup.

 

Semasa pertemuan di tempat tinggalnya di Bukit Ajyad, sebuah perkampungan Melayu yang jaraknya kira-kira 3 kilometer dari Masjidil Haram, Asraruddin banyak berkongsi kisahnya yang tidak banyak diketahui umum.

 

Menyingkap kembali bagaimana dia boleh membuat keputusan yang cukup besar dalam kehidupannya, Asraruddin berkata semuanya bermula apabila dia tidak lagi dapat bermain bersama JDT kerana kecederaan dialami.

 

\”Saya dah cuba untuk bermain tapi tidak boleh kerana kecederaan lutut kiri ini tidak boleh kena \’impact\’ berterusan ketika perlawanan. Mungkin itu perancangan terbaik ALLAH untuk saya.”

 

\”Pada mulanya saya agak terkejut kerana semua orang tahu pendapatan di JDT memang lumayan dan selepas alami kecederaan saya hilang pendapatan dan tidak boleh berlari seperti biasa,\”katanya.

\"\"

Dalam proses untuk berada di sini, Asraruddin kemudian bertemu jodoh dengan seorang jururawat, Tengku Nurliyana Tengku Azlan,35, yang berasal dari Gong Badak Terengganu.

 

\”Isteri saya sudah sembilan tahun berkhidmat di Hospital King Abdulaziz, Jeddah dan kami baru saja selesai majlis perkahwinan di Shah Alam pada 13 Mei lalu.

 

Asraruddin berkata, dia berdoa perancangannya untuk mempunyai anak yang lahir di sini dan seterusnya mengakhiri hayat di bumi Makkah akan tercapai.

WhatsApp
Scroll to Top