Sakit bukan hukuman ‘kehadiran yang penuh belas ihsan’ amat di perlukan

Mekah, 10 Jun (IKIM) – Khidmat penjagaan spiritual adalah pelengkap kepada perkhidmatan kesihatan yang selalu disebut sebagai perkhidmatan kesihatan holistik.

 

Tabung Haji memperkenalkan perkhidmatan ini sebagai sebahagian daripada skop di dalam perkhidmatan kesihatan agar Jemaah haji dapat menerima satu perkhidmatan kesihatan yang menyeluruh.

Dr Ahmad Fahmi berkata sekiranya aspek spiritual diberi perhatian dengan sewajarnya, pesakit boleh dibimbing untuk memperoleh sumber kekuatan dalam menempuh pelbagai situasi.

Pegawai Perubatan Spiritual, Dr. Ahmad Fahmi Md. Sahray berkata sejak memulakan perkhidmatan ini tahun lalu didapati rawatan ini membantu pesakit meningkatkan keupayaan mereka dalam melalui situasi mencabar iaitu jatuh sakit ketika di Tanah Suci.

Khidmat penjagaan spiritual adalah pelengkap kepada perkhidmatan kesihatan yang selalu disebut sebagai perkhidmatan kesihatan holistik.

Katanya, “Ibadah haji sudah sedia maklum mencabar walaupun berada dalam keadaan sihat apatah lagi jika seseorang itu di timpa sakit. Keadaan ini akan memberi tekanan kepada pesakit.”

 

“Melalui perkhidmatan spiritual ini, pesakit dapat mengatasi keadaan tersebut dan juga menambahkan lagi kekuatan kepada pesakit untuk melalui keadan yang sukar seterusnya menyempurnakan ibadah haji.” katanya ketika ditemui di Pusat Perubatan TH Syisyah, di sini.

Dr Ahmad Fahmi berkata sekiranya aspek spiritual diberi perhatian dengan sewajarnya, pesakit boleh dibimbing untuk memperoleh sumber kekuatan dalam menempuh pelbagai situasi.

 

Tambahnya lagi, terdapat juga kes pesakit yang dimasukkan ke dalam wad dan timbul persoalan dalam diri pesakit itu sendiri kenapa mereka ditimpa musibah di Tanah Suci, sedangkan mereka telahpun berbuat amalan yang baik dan merasakan ianya sebagai balasan kepada dosanya yang lalu.

 

Tambah beliau, apa yang akan diberikan kepada pesakit bukanlah dalam bentuk ubat-ubatan tetapi ‘kehadiran yang penuh belas ihsan’, dengan kekerapan meluangkan masa bersama pesakit supaya mereka tidak berasa keseorangan dalam berhadapan kesusahan.

Scroll to Top