BANK RAKYAT LANCAR PEMBIAYAAN PERIBADI-i INSTACASH UNTUK PEKERJA SWASTA

KUALA LUMPUR, 18 Jun 2025 – Bank Rakyat memperkenalkan produk terbaharunya, Pembiayaan Peribadi-i Swasta (InstaCash), yang direka khusus bagi memenuhi keperluan kewangan pekerja sektor swasta di Malaysia.

Pelancaran rasmi produk ini berlangsung pada 16 Jun 2025 dan kemudiannya diperkenalkan kepada media dalam satu sesi khas di Menara Kembar Bank Rakyat di ibu negara.

Menurut Ketua Pegawai Perbankan Runcit Bank Rakyat, Khairudin Abdul Rahman, produk InstaCash menawarkan penyelesaian pembiayaan peribadi yang patuh Syariah, mudah dan pantas sebagai usaha untuk memperluaskan akses kepada kemudahan kewangan yang inklusif.

“Kami percaya bahawa InstaCash bukan sahaja akan memperkasakan pelanggan dalam mengurus keperluan kewangan harian, malah mencerminkan komitmen kami terhadap usaha memperkukuh inklusi kewangan di kalangan pekerja sektor swasta di seluruh negara,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Tambah beliau, InstaCash menampilkan proses permohonan yang ringkas, telus dan efisien serta terbuka kepada semua individu tanpa mengira latar belakang pekerjaan.

Antara ciri utama InstaCash termasuklah kelulusan pembiayaan segera dalam tempoh 24 jam, jumlah pembiayaan sehingga RM50,000, dokumen permohonan ringkas seperti slip gaji dan penyata KWSP dan kadar keuntungan kompetitif.

Permohonan boleh dibuat dalam talian menerusi platform BRICK (https://brick.bankrakyat.com.my).

Inisiatif ini juga seiring dengan aspirasi Bank Rakyat untuk menyokong pembangunan ekonomi digital serta menawarkan penyelesaian kewangan mampan yang bersesuaian dengan keperluan masa kini.

Dengan pelancaran InstaCash, Bank Rakyat terus mengukuhkan peranannya sebagai institusi kewangan Islam yang komited untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang mesra pelanggan serta mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat.

WhatsApp
Scroll to Top