REHAT SECUKUPNYA SEBELUM BERANGKAT KE TANAH SUCI

SEPANG – Jemaah haji Malaysia yang bakal berlepas ke tanah suci bagi mengerjakan ibadah haji tahun ini dinasihat agar dapatkan rehat secukupnya sebelum penerbangan. 

Tn. Hj Mohd Zawawi b. Hj Bostam, Timbalan Pengarah Gerakan Operasi Haji Tanah Air (OHTA) berkata, proses mendaftar masuk jemaah dan urusan imigresen ketika di balai berlepas mengambil sedikit masa dan perlukan stamina yang cukup di kalangan jemaah. Tambah beliau, terdapat beberapa penerbangan yang akan berlepas pada tengah malam dan awal pagi. 

Beliau berkata demikian ketika di Movenpcik Hotel sewaktu pelepasan jemaah KT05.

Seramai 284 jemaah haji bakal berlepas menerusi KT05 dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines MH8056, dari KLIA dan bakal tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad bin Abdulaziz jam 8.50 malam waktu Arab Saudi. 

Selain itu, beliau turut menasihati para waris yang ingin menghantar jemaah di balai pelepasan agar mematuhi setiap arahan bagi melancarkan segala proses pelepasan jemaah haji. 

Dalam pada itu, seorang jemaah haji ketika ditemui, Wan Roslili Majid, bersyukur dengan segala proses yang berjalan lancar dan mudah yang telah diselenggara dengan baik oleh pihak Tabung Haji (TH) sebelum berlepas ke tanah suci. Beliau turut berharap urusan akan terus mudah dan lancar sehingga berakhirnya musim haji kali ini.

WhatsApp
Scroll to Top