MAIWP BERI INSENTIF RM500 KEPADA 289 BAKAL JEMAAH HAJI B40

Putrajaya, 17 Mei (IKIM) – Seramai 289 orang bakal jemaah haji dari golongan keluarga B40 Wilayah Persekutuan bagi musim haji tahun 2024M/1445H akan menerima pemberian insentif RM500 daripada pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Dato’ Dr Mohd Naim Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam kenyataan hari ini berkata, pemberian ini bertujuan sebagai tanda keprihatinan pihaknya kepada kebajikan masyarakat B40 serta mereka yang memerlukan. 

“Pemberian ini adalah tanda keprihatinan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kepada kebajikan masyarakat B40 serta mereka yang memerlukan. Ini adalah sebahagian usaha berterusan Kerajaan untuk meringankan beban masyarakat serta diharapkan dapat membantu para jemaah haji terlibat”, katanya dalam hantaran di laman Facebook rasmi beliau hari ini.

Sementara itu, 31,600 kuota haji telah diluluskan oleh Kerajaan Arab Saudi bagi jemaah haji Malaysia pada tahun 1555H/2024 berdasarkan 0.1 peratusan jumlah penduduk Islam di negara ini.

Scroll to Top