BAKAL JEMAAH HAJI TERKANDAS : KERAJAAN DAN TH CARI JALAN PENYELESAIAN TERBAIK

KUALA LUMPUR, 14 Mei (IKIM)  – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Lembaga Tabung Haji (TH) masih dalam proses mencari jalan terbaik bagi membantu menyelesaikan isu melibatkan sekumpulan bakal jemaah Malaysia yang didakwa terkandas di Makkah kerana menggunakan visa pelancong untuk mengerjakan haji.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan berkata, hal ini termasuk pilihan membawa pulang kesemua jemaah terbabit ke Malaysia.

Senator Dr Zulkifli memberitahu demikian kepada pemberita selepas menghadiri International Waqf Conference 2024 (IWC24) di Kuala Lumpur.

Dalam perkembangan lain ketika mengulas mengenai inisiatif Wakaf Madani yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim , ujar Senator Dr Zulkifli usaha itu perlulah dilaksanakan secara kolektif dan holistik. 

Disediakan oleh : Ahmad Nazri Mohd Yusof

Scroll to Top