KUALA LUMPUR, 13 Mei (IKIM) – Seramai 11 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima padanan dana berjumlah RM55,000 menerusi program iTEKAD PERWIRA-i hasil kerjasama antara Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) dan Affin Islamic Bank bagi membantu memperkukuh perniagaan usahawan veteran ATM.

Inisiatif itu dilaksanakan selaras Pelan Transformasi PERHEBAT 2026–2035 yang memberi fokus kepada pembangunan kemahiran, peluang pekerjaan dan keusahawanan veteran tentera.
Ketua Pengarah PERHEBAT, Dato’ Ts. Amir Md. Noor berkata, program berimpak tinggi itu membantu veteran ATM memperkukuh pengurusan kewangan dan meningkatkan daya saing perniagaan demi menjana pendapatan berterusan.

Peserta turut mengikuti latihan intensif selama lapan bulan melibatkan pemasaran digital, pengurusan kewangan dan pembangunan perniagaan mampan kendalian Malaysian Research & Education Foundation (MyREF).
Majlis graduasi program itu berlangsung di Menara AFFIN @ TRX dengan penyampaian sijil disempurnakan wakil Affin Islamic Bank dan MyREF.




