KUALA LUMPUR, 19 April (IKIM) – Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Muslim World League (MWL) hari ini memeterai pertukaran Letter of Intent (LOI) dalam satu majlis rasmi yang berlangsung di Grand Hyatt Kuala Lumpur.

LOI tersebut ditandatangani oleh Timbalan Ketua Pengarah, Dr. Mohd Zaidi Ismail yang mewakili IKIM adalah sebagai langkah awal ke arah memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua institusi.

Majlis turut diserikan dengan acara penutup Pertandingan Iman dan Sains yang disempurnakan oleh Setiausaha Agung MWL, Mohammad Abdul Karim Al-Issa.
Turut hadir menyaksikan majlis ini ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan.

Pertukaran LOI ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh hubungan kerjasama strategik, khususnya dalam bidang kefahaman Islam, pendidikan dan pembangunan ummah di peringkat antarabangsa.

Inisiatif tersebut juga selari dengan peranan MWL dalam mempromosikan kesederhanaan Islam serta memperkukuh persefahaman global dalam kalangan masyarakat pelbagai latar belakang.




