BANGI, 15 April (IKIM) – Warga penguat kuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) diseru memperkukuh integriti dan memanfaatkan teknologi dalam memastikan kelestarian alam sekitar negara terus terpelihara.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup berkata, penguat kuasa JAS memikul amanah besar sebagai benteng utama melindungi alam sekitar, selain disifatkan sebagai “wira yang tidak didendang”. 
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Penguatkuasa JAS 2026 di Bangi Avenue Convention Centre (BACC), hari ini.

Sepanjang 2025 hingga awal 2026, pelbagai kejayaan dicapai termasuk Ops Bongkar yang mengesan 103 kontena e-waste haram serta Ops Hazard 3.0 dengan rampasan lebih 4,700 metrik tan sisa elektronik. 
Menurutnya, hala tuju 2026 memberi fokus kepada pengukuhan tenaga kerja, pemantapan perundangan serta penggunaan teknologi seperti dron, IoT dan AI dalam penguatkuasaan.

Beliau turut menegaskan integriti sebagai teras utama, selain komitmen kementerian untuk terus menyokong warga JAS selaras tema “Bersedia. Berdisiplin. Berani Demi Alam.”




