Pendekatan Psikologi Islami buat Jemaah Haji

Mekah, 6 Jun (IKIM) –Tabung Haji (TH) menggunakan pendekatan psikologi Islami dalam usaha menangani masalah hubungan, komunikasi dan mental bagi memastikan jemaah dapat melaksanakan ibadat dengan lebih tenang terutamanya ketika operasi masyair.

 

Pengurus Kaunseling TH, Mohamad Hanif Napi berkata, sepasukan lapan petugas telah diamanahkan untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan melakukan ziarah dari bilik ke bilik bagi mengesan sekiranya terdapat isu berkaitan kesihatan mental dari kalanag jemaah.

\"\"

Katanya, mereka mahu memastikan jemaah mempunyai psikologi yang sejahtera dan sihat dari segi mental selama berada di sini.

 

Menurut Mohamad Hanif, terdapat tiga kaedah yang digunakan dalam pendekatan itu iaitu pencegahan awal, lawatan silaturrahim dan mengetengahkan infografik kesejahteraan psikologi dan kesihatan mental dalam aplikasi THhujjaj .

 

Tambahnya, maklumat mengenai tips menguruskan kewangan, mengekalkan

komunikasi suami isteri dan hubungan positif antara rakan sebilik turut disalurkan menerusi informasi di dalam televisyen yang disediakan di dalam bilik penginapan masing-masing.

\"\"

Selain itu, Sudut Ekspresi Diri juga di sediakan untuk para Jemaah mengurangkan stress dengan aktiviti terapi memicit bola, melukis dan sebagainya.

 

Ujarnya lagi, jika tahap stres serius, jemaah akan dirujuk kepada pakar perubatan.

 

Sebelum berakhir, saya tinggalkan anda bersama Pengurus Kaunseling TH, Mohamad Hanif Napi untuk perkongsian tabiat tidur yang berkaitan rapat dengan kesejahteraan psikologi.

\"\"

\"\"

WhatsApp
Scroll to Top