Lebih separuh Jemaah haji telah tiba di Tanah Suci

\"\"

 

Mekah, 5 Jun (IKIM) – Jumlah Jemaah haji yang tiba di Tanah Suci sudah melepasi separuh daripada jumlah keseluruhan 31,600 jemaah apabila penerbangan ke-57 daripada keseluruhan 98 penerbangan memasuki Madinah dan selamat tiba membawa jemaah daripada KT 57 malam tadi. Ia merupakan  penerbangan terakhir membawa Jemaah memasuki Tanah Suci melalui Madinah.

 

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, “Sejumlah 11,294 jemaah telah pun berada di Mekah, manakala 5,569 Jemaah berada di Madinah menjadikan jumlah keseluruhan Jemaah yang telah tiba sebanyak 16,863 orang Jemaah.”

 

Di samping itu, Dato\’ Sri Syed Saleh mengingatkan para Jemaah yang sudah berada di Tanah Suci untuk sentiasa menjaga kesihatan dengan mengelakkan terdedah kepada cuaca panas kerana cuaca di Arab Saudi ketika ini mengalami julat maksimum yang meningkat berbanding minggu lalu. Untuk rekod, minggu lalu suhu maksimum di Tanah Suci adalah antara 38 darjah Celsius sehingga 41 darjah Celsius sedangkan pada minggu ini julat suhu maksimum meningkat kepada suhu antara 42 darjah Celsius sehingga 46 darjah Celsius. Keadaan suhu dijangka akan terus meningkat menjelang hari wukuf nanti.

\"\"

Dalam masa yang sama, statistik pesakit yang berada di wad juga meningkat kepada 36 orang pesakit berbanding 29 orang pesakit pada minggu lalu. Oleh itu, para Jemaah di harap sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai pelitup muka di tempat-tempat tumpuan ramai. Para Jemaah di nasihatkan mencukupkan pengambilan air kosong setiap hari, makan makanan dengan diet yang seimbang serta rehat yang secukupnya.

Menurut Dato’ Sri Syed Saleh juga, Tabung Haji menyediakan klinik-klinik di hampir kesemua hotel penginapan haji di Mekah dan Madinah, maka sebarang masalah kesihatan di minta untuk terus di rujuk ke klinik-klinik yang di sediakan memandangkan TH menyediakan petugas kesihatan dalam nisbah yang besar untuk menyantuni kesihatan Jemaah.

 

NORHAYATI PARADI

Melaporkan dari Mekah al-Mukarramah

Scroll to Top