IMAM al-Sakhawi pernah katakan “sesiapa yang menulis sejarah seseorang mukmin, seolah-olah dia menghidupkannya kembali”. Semoga kisah-kisah orang soleh sentiasa segar dalam kehidupan kita untuk sama-sama kita ambil pengalaman dan pengajaran daripda kisah mereka.
Menerusi segmen Ibrah (Salafus Soleh), yang bersiaran pada hari Isnin jam 5 petang, Ustaz Muhadri Hj. Joll menyambung kisah mengenai Imam Al-Bukhari. Imam al-Bukhari susuk badannya sederhana. Menurut Imam Ibnu ‘Aadi “aku mendengar Hassan ibn Hussin berkata : aku melihat Imam Bukhari seorang yang berbadan kurus, tidak tinggi dan tidak juga rendah. Kulitnya berwarna coklat.” Beliau yang sangat dikagumi dalam ilmu hadith, memiliki kesungguhan dalam ilmu tersebut. Muhammad ibn Yusuf al-Bakhuri katakan “aku pernah bersama dengan Imam Bukhari di rumah beliau pada satu malam. Aku kira beliau bangkit sebnyak lapan belas kali dan menyalakan pelita untuk ingatkan sesutu hadith pada satu malam.” Muhammad bin Abi Hatim Al-Warrak katakan “aku pula melihat beliau bangun lada satu malam sebanyak lima belas atau dua puluh kali. Setiap kali bangun, beliau akan ambil tempat letak air untuk basuh muka agar tidak tidur serta ambil pelita dan takhrij hadith pastikan betul.”
Imam Bukhari berkata “aku tidak tidur pada waktu malam sehingga aku kira berapa hadith telah aku masukkan ke dalam kitab-kitabku dan aku telah masukkan sebanyak dua ratus ribu hadith yang bersanad.” Beliau pernah katakan hafalan hadithnya sebanyak seratus ribu hadith yang sahih. Beliau juga menhafal yang tidak sahih sebanyak dua ratus ribu. Kata Abu Bakar al-Kalwazani “aku tidak pernah melihat orang seperti Imam Bukhari. Beliau mengambil kitab para alim ulama dan dengan sekali lihat sahaja beliau telah menghafal hadith-hadith yang dilihatnya.” Ketika beliau berada di Samarkand, empat ratus orang termasuk ulama hadith telah hadir untuk berjumpa dan melihat kekuatan hafalan beliau. Mereka bersamanya selama tujuh hari. Pada ketika itu, mereka dengan sengaja memasukkan sanad-sanad Syam ke dalam sanad-sanad Iraq serta dan sanad-sanad Yaman ke dalam sanad-sanad Makkah dan Madinah. Maka tidak ada satu pun sanad yang tidak dapat dirungkai oleh Imam Bukhari. Malah beliau telah menyusun kesemua sanad tersebut tepat mengikut tempat dan matan hadith tersebut.
Beliau menceritakan mengenai rahsia kuat ingatan “aku tidak ketahui sesuatu yang lebih bermanfaat untuk kuatkan ingatanku dan hafalanku melainkan keinginan yang kuat terhadapnya atau bersungguh-sungguh dan sering menelaah tulisan.” Al-Abbas al-Duri mengatakan “aku tidak pernah melihat orang yang menuntut ilmu hadith sebagus Imam Bukhari kerana beliau tidak meninggalkan yang usul dan yang furuq (cabang) melainkan semuanya beliau hafal dan catat.” Imam Bukhari menulis Kitab al-I’tisam pada satu malam sahaja. Ini membuktikan ketajaman fikirannya, cerdas akalnya, kesungguhannya pada ilmu dan kekuatan hafalan.
Imam Bukhari pernah berkata “aku tidak duduk dan bicara tentang hadith melainkan aku tahu mana yang sahih dan mana yang sakit (tidak sahih). Aku juga melihat seluruh kitab-kitab al-Ra’yi, pendapat mereka tentang hadith itu sehingga aku masuk ke Basrah sebanyak lima kali atau lebih.” Beliau menambah “tidak lah aku tinggalkan satu hadith sahih pun ketika dalam perjalanan ini melainkan aku akan menulisnya kecuali apa yang aku tidak ketahui.” Di dalam penulis hadith, beliau sangat teliti mengenai perawi hadith yng ditulis. Kata beliau “aku tidak akan meriwayatkan hadith yang aku terima daripada sahabat dan tabi’in sebelum aku mengetahui tanngal tarikhnya, mengenai kelahiran, kewafatan dan tempat tinggal mereka.”
Selain memiliki ilmu yang sangat tinggi dalam bidang hadith, beliau juga seorang yang kuat beibadah kepada Allah SWT. Beliau mengerjakan solat setiap malam sebanyak tiga belas rakaat. Beliau rajin membac al-Quran terutamnya di bulan Ramadan. Beliau khatam al-Quran pada bulan Ramadan setiap sing harinya. Manakala sebelah malamnya, selepas solat terawih, beliau akan khatam selang tig hari. Tedapat seorang lim yang bernama Ghunjar berkata “Abu Amru Ahmad ibn al-Mukri berkata kepada kami : aku mendengar Bakar ibn Munir katakan : Imam Bukhari sembahyang pada satu malam sehingga disengat oleh lebah sebanyak tujuh belas kali. Selepas solat baru beliau sedar dan bertanya kepada sahabatnya apa yang mengganggu beliau.
Imam Bukhari memiliki akhlak dan keleribadian yang tinggi. Abdullah ibn Saad ibn Jaafar katakan “aku mendengar ulama di Basrah berkata : tidak ada orang di dunia ini seperti Imam Bukhari dari segi mengenal Allah, baiknya dengan orang dan membaikkan orang.” Manakala Muhammad ibn Hatim katakan “aku mendengar al-Hussin ibn Muhammad al-Samarkandi berkata : terdapat tiga perkara yang istimewa pada Imam Bukhari berbanding yang lain ; beliau tidak banyak cakap; beliau tidak tamak dengan apa yang ada pada orang lain; dan beliau tidak sibuk perkara-perkara manusia yang lain.”
Rencana ini telah disiarkan dalam segmen Agama akhbar Berita Harian edisi 31 Oktober 2017