Menggapai Haji Mabrur

IBADAT haji telah berakhir dengan selesainya rukun yang paling utama sekali iaitu Wuquf di Arafah. Jemaah yang sempat Wukuf di Arafah dikira sudah memperoleh hajinya sesuai dengan mafhum hadith Baginda SAW “Haji itu Arafah” (HR Ahmad), walaupun amalan-amalan lain belum disempurnakan lagi. Jemaah Haji dari seluruh negara buat masa ini telah selesai melontar dan dikira hampir kesemua amalan-amalan yang berkaitan dengan ibadat haji telah disempurnakan. Mereka seterusnya akan terus pulang ke kampung halaman masing-masing dengan berduyun-duyun.

Jika kita imbau di awal Islam, bayangkan kepulangan rombongan jemaah haji ini dengan menaiki unta-unta dan kenderaan tunggangan masing-masing memasuki kota Madinah pada ketika itu. Ketika cuba menetapkan permulaan bulan dalam Islam dalam kalendar Hijrah, Sayyidina Umar telah melihat bagaimana jemaah haji ini pulang dengan penuh semangat berkobar-kobar, setelah menjalani ibadat haji lalu beliau terfikir Muharram lah, sebagai bulan selepas Zulhijjah sepatutnya diletakkan sebagai bulan pertama dalam Kalendar Hijriyyah.  Di sini menunjukkan betapa Sayyiduna Umar RA melihat pentingnya ibadat haji dan perkaitan dengan permulaan baharu bagi seseorang yang baru selesai mengerjakan ibadat haji.

Bagi seseorang yang telah selesai mengerjakan ibadat haji dengan penuh keimanan, menjaga dirinya dan penuh mengharapkan redha Allah SWT, nescaya beliau akan pulang sebagai seorang yang suci bersih daripada segala dosa. Nabi SAW bersabda sepertimana hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurayrah RA, mafhumnya: “Aku mendengar Baginda SAW bersabda: sesiapa yang mengerjakan haji ikhlas kerana Allah dan tidak menuturkan kalimah lucah atau melakukan perbuatan dosa, akan pulang suci bersih dari dosa sepertimana ibunya melahirkannya dulu” (HR Bukhari 1449, Muslim 1350). Terlalu besar ganjaran yang Allah SWT sediakan kepada hambaNya yang mengerjakan haji dengan penuh ikhlas. Dalam satu riwayat lain, hadith menyebut kelebihan haji mabrur dengan sabda Nabi SAW, bermaksud: “Haji mabrur tiada ganjarannya kecuali syurga” (HR Imam Ahmad & Tabrani).  Imam Suyuti dalam hal ini menjelaskan dengan berkata haji mabrur ialah  “haji yang dilaksanakan segala hukum hakamnya dengan sempurna bertepatan dengan apa yang dituntut daripada seorang mukallaf secara paling sempurna.”  Setiap tahun sekitar dua juta umat Islam dari seluruh dunia mengerjakan ibadah haji dengan sekitar 30,200 orang pada tahun ini dari negara kita Malaysia. Bilangan ini amat ramai dan ini mengingatkan kita kata-kata Sayyidina Abdullah ibn Umar RA apabila beliau menyebut: “ramai penunggang (jemaah) haji, namun sedikit yang memperoleh haji (mabrur)”. Kita berdoa moga-moga semua umat Islam yang mengerjakan haji pada tahun ini termasuk di kalangan mereka yang memperoleh haji mabrur.

Bagi para jemaah untuk mengetahui adakah haji kita diterima oleh Allah SWT atau tidak dan dikira sebagai haji mabrur, para ulama telah menyebutkan beberapa tanda yang boleh menjadi petunjuk kepada kita amalan kita diterima oleh Allah SWT. Antaranya ialah orang yang mengerjakan haji itu menjadi lebih baik berbanding dengan sebelum beliau mengerjakan haji. Kalau dahulu dia merupakan seorang yang suka melakukan sesuatu maksiat, maka setelah pulang haji dia tidak lagi melakukan maksiat tersebut; jika dulu beliau seorang yang lalai mengerjakan solat lima waktu maka beliau menjadi orang yang istiqamah solat dan begitulah hal-hal lain. Ibn Hajar al-Haytami menyebut: “dikatakan tanda diterimanya haji seseorang itu ialah ia meninggalkan maksiatnya dahulu dilakukan, menukar sahabat-sahabat yang buruk akhlak kepada sahabat-sahabat yang baik, menggantikan majlis-majlis kelalaian dengan majlis zikir dan mengingati Allah SWT”. Pokoknya ialah dia menjadi insan yang lebih baik berbanding sebelum mengerjakan haji, kerana itulah petanda ibadat hajinya haji yang baik (haji mabrur) kerana haji mabrur juga bermaksud haji yang diterima (haji maqbul).

Begitu juga orang yang diterima hajinya, kecintaan kepada Akhirat semakin bertambah manakala keinginannya terhadap duniawi menjadi semakin berkurangan mengenangkan bahawa tempat kembalinya yang kekal abadi ialah di Akhirat sana. Sikap zuhudnya terhadap dunia semakin bertambah dan ghairahnya untuk akhirat pula meningkat. Imam al-Hassan al-Basri menyebut dalam hal ini ketika berbicara tentang haji mabrur dengan berkata: “haji mabrur adalah pulang dalam keadaan zuhud terhadap dunia dan mencintai Akhirat”.  Beliau seterusnya menyebut “tandanya ialah meninggalkan perbuata-perbuatan buruk yang dilakukan sebelum haji”.

Ketika di Mekah dan Madinah, para jemaah begitu berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan agar dapat solat berjemaah lima kali sehari tanpa luput. Selain kerana ganjarannya yang amat besar solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, ianya juga adalah bagi menghidupkan Sunnah Nabi SAW agar mengerjakan solat secara berjemaah. Namun apa yang sering terjadi, ada segelintir para jemaah yang apabila pulang di tanahair, tidak pun meluangkan masa untuk solat berjemaah di masjid yang berdekatan dengan rumahnya. Ada ketikanya, kedudukan masjid hanya beberapa langkah sahaja dari kediamannya berbanding kedudukan Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi yang biasanya jauh dari hotelnya. Ini juga boleh menjadi salah satu petanda samada  kita memperoleh haji mabrur atau tidak, jika di Tanah Suci rajin beribadah, tetapi apabila pulang ke tanahair kita tidak berubah seperti sebelum ini. Moga-moga Allah terima ibadat haji kita dan amalan-amalan lain selama di Tanah Haram.

Ibadat haji telah berakhir dengan selesainya rukun yang paling utama sekali iaitu Wuquf di Arafah. Jemaah yang sempat Wukuf di Arafah dikira sudah memperoleh hajinya sesuai dengan mafhum hadith Baginda SAW “Haji itu Arafah” (HR Ahmad), walaupun amalan-amalan lain belum disempurnakan lagi. Jemaah Haji dari seluruh negara buat masa ini telah selesai melontar dan dikira hampir kesemua amalan-amalan yang berkaitan dengan ibadat haji telah disempurnakan. Mereka seterusnya akan terus pulang ke kampung halaman masing-masing dengan berduyun-duyun.

Rencana ini telah disiarkan dalam segmen Agama akhbar Berita Harian edisi 8 September 2017
\"\"
WhatsApp
Scroll to Top