Ganjaran Kebaikan Menanti Pasangan Yang Bersabar

DALAM menjalani kehidupan seharian, sifat sabar sangat penting. Oleh itu, pendidikan sifat sabar ini boleh dilakukan secara berterusan sejak seseorang itu masih kecil lagi.  Sebagai contoh, sabar dalam menghadapi perjalanan dan kesesakan di jalan raya.  Di dalam Al-Quran Allah SWT menyebutkan perkataan  sabar lebih 70 kali. Mereka yang bersifat sabar dijanjikan oleh Allah SWT darjat yang tinggi berupa pahala kebaikan dan bantuan.

Walaupun  sabar dianggap sebagai sifat yang paling mulia di sisi Allah SWT ,  tetapi dewasa ini,terdapat juga  mereka yang mudah hilang sifat kewarasan sehingga sanggup melakukan pembunuhan. Menerusi rancagan Pesona D’ Zahra yang disiarkan di IKIMfm pada Isnin lalu, Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin berkata sabar itu  merupakan amalan  atau kelakuan manakala sabir pula  merujuk kepada sifat  yang ditunjukkan hasil daripada  tabiat sabar yang beterusan . Rasulullah SAW  adalah contoh  tauladan yang yang terbaik apabila memperkatakan tentang sifat sabar .Baginda memiliki semulia-mulia  akhlak dan peribadi sehinggakan orang kafir sendiri kagum dengan kehebatan Baginda. Dalam menyampailkan rislah kepada masyarakat Arab Jahiliyyah , sudah tentu Baginda SAW telah berhadapan dengan pelbagai tentangan , dugaan dan cabaran tetapi Baginda tetap bersabar membawa risalah suci tersebut. Ia membuktikan bahawa Nabi Muhammad  SAW berupaya  menyatukan golongan Arab Jahiliyyah daripada memiliki sifat marah  iatu daripada  sifat suka beperang dan berbunuh-bunuhan kepoada suatu keadaan yang cukup harmoni  dan berkasih sayang antara satu sama  lain. Daripada  kisah tersebut, perlulah kita mengambil pengajaran bahawa  sabar   begitu  penting untuk diamalkan dalam kehidupan seharian supaya   tidak dibelenggu dengan sifat marah yang melampau.

Kesabaran ada had dan batasnya kerana apabila sudah hilang sabar maka timbullah kemarahan. Menurut Muhammad,  bisikan hawa nafsu merupakan salah  satu punca berlakunya sifat marah .Hawa nafsu dan sifat pemarah itu wajib dikawal dan dikendalikan. Salah satu cara yang dianjurkan oleh Islam ialah dengan berpuasa. Untuk menundukkan kedua-dua sifat berkenaan , manusia perlu berjuang ,sama  tarafnya dengan berjuang dalam peperangan jihad.  Allah SWT menjanjikan ganjaran yang hebat terhadap sesiapa yang berjaya dalam perjuangan  ini. Sebagaimana  firman Allah SWT “ Wahai orang –orang yang beriman ! Mintalah pertolongan (kepada Allah) denagn sabar dan solat kerana sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang  sabar  (Surah Al-Baqarah , ayat 153) . Untuk itu, didiklah hawa nafsu kita  dengan mempelajari dan memantapkan ilmu melalui guru-guru. InsyaAllah dengan cara sedemikian mereka  mampu melihat dan memperbaiki kelemahan yang ada pada diri kita. Apabila datangnya perasaan marah kita perlu bijak mengawal emosi marah  tersebut. Marah yang tidak terkawal boleh membinasakan diri sendiri dan mengguris hati orang lain. Dengan itu, kita perlu mengawal sifat-sifat yang dikeji oleh Allah SWT. Ternyata, syaitan sangat suka melihat umat manusia apabila  api kemarahan menguasai diri.. Misalnya, dalam konteks rumah tangga , bisikan syaitan itu  sentiasa   berlanjutan agar pasangan suami isteri bertelingkah  sehingga boleh membawa kepada sesuatu perkara yang lebih serius. Umpamanya  sehingga ke hari ini,   ada sahaja paparan berita di   laman media sosial , radio mahupun  televisyen yang  melaporkan  kes isteri dipukul  sehinnga  mati atau mengalami kecederaan   akibat daripada  emosi kemarahan  suami yang meluap-luap.

Justeru, dalam memanagani hal ini, seelok-eloknya  sebagai umat Islam diseru agar   tidak berputus asa mengharap pertolongan dari Allah Yang Maha Esa. Malah, wudhuk juga dianggap sebagai terapi  sesuai dalam  mengurangkan  perasaan marah seseorang . Dengan berwudhu’ mampu memabantu emosi kita yang sedang tidak segar menjadi segar kembali. Sebagaimana  Sabda Rasulullah SAW \”Kemarahan itu daripada syaitan, sedangkan syaitan tercipta daripada api, api hanya dapat padam dengan air, maka kalau kalian marah berwuduklah\” (Hadis Riwayat  Abu Dawud). Selain daripada  bisikan hawa nafsu dan syaitan  yang  juga merupakan penyebab   manusia    memiliki sifat  pemarah,  tidak dinafikan juga emosi marah adalah antara naluri semulajadi manusia yang dijadikan oleh Allah  SWT untuk keperluan hidupnya.. Tidak semua manusia boleh bersabar dalam  pelbagai situasi yang dihdapi. Misalnya, ada suami yang   begitu sabar menunggu  isteri bersiap  di rumah, tetap tidak pula menunjukkan  kesabaran  sewaktu menantikan hidangan  makanan dan minuman yang disajikan oleh isterinya. Sesungguhnya,  emosi marah  boleh memberi manfaat kepada manusia jika digunakan untuk kebenaran dan keadilan. Tetapi emosi marah yang tidak dapat dikawal dan menurut hawa nafsu adalah dilarang dalam Islam kerana ia boleh membawa kepada kemudaratan diri dan orang lain.Justeru, kita disarankan agar   menddik diri kita dengan ilmu  dengan sentiasa  merendah diri atau tawadduk serta  mensyukuri dengan segala ujian  dan nikmat yang diberikan oleh-Nya. Saat diri kita diuji dengan  kesusahan ,  ingatlah bahawa Allah Maha Pendengar  dan DIA akan menggantikan sesuatu yang lebih baik lagi .

Terapkanlah  sifat  sabar   ketika membuat perubahan dalam diri serta dalam melalui ujian kehidupan berumahtangga.Sentiasalah bersabar dalam semua perkara sehingga kita menjadikan sabar sebagai suatu  kelaziman dan seterusnya menjadi orang yang sabir iatu menghasilkan ketenangan secara berterusan.

Rencana ini telah disiarkan dalam segmen Agama akhbar Berita Harian edisi 7 November 2016
\"7
WhatsApp
Scroll to Top