YAPEIM PERKENAL DEBIT terus BERINFAK SERENDAH RM10

Petaling Jaya, 3 Mei (IKIM) –  Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM) hari ini memperkenalkan debit terus berkala serendah RM10 menerusi platform InfaqPay.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanahnya, Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus berkata, orang ramai boleh berinfak atau bersedekah dengan lebih mudah menerusi saluran baharu InfaqPay yang diperkenalkan.

Beliau berkata kewujudan telefon pintar dan Internet yang cukup meluas pada masa kini lebih memudahkan orang ramai untuk melakukan amal kebajikan dengan hanya dihujung jari.

Mohd Radzif berkata, orang ramai boleh mengetahui status sumbangan yang mereka berikan melalui laman sesawang YaPIEM untuk melihat program-program yang dilaksanakan dari sumbangan yang disalurkan.

“Kita akan keluarkan laporan secara berkala kepada mereka yang berinfak melalui laman sesawang YaPEIM supaya mereka mengetahui wang yang mereka salurkan akan digunakan untuk program-program yang dilaksanakan oleh YaPIEM.” Katanya selepas ditemui di Majlis Pelancaran Sumbangan Debit Terus Infaq Pay dan sambutan Aidilfitri YaPEIM di Ibu pejabatnya hari ini.

Orang ramai yang ingin melakukan sumbangan debit terus serendah RM10 menerusi platform InfaqPay boleh ke pautan di laman sesawang https://infaqpay.my/go/yapeim.

Scroll to Top