TRADISI MEMASAK BUBUR LAMBUK IKIM MENJELANG RAMADAN

Kuala Lumpur, 5 Mac (IKIM) — Setiap kali menjelang Ramadan, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pastinya tidak ketinggalan menyediakan juadah bubur lambuk untuk diagihkan kepada warga kerjanya.

Ketua tukang masak, Azlee Abdul Aziz, 59 berkata tradisi selama bertahun-tahun itu diteruskan pada Ramadan kali ini dengan memasak secara bergotong-royong bermula seawal 8.30 pagi dan siap dimasak serta diagihkan pada 12.00 tengah hari.

Ketua Pengarah IKIM, Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil berkata tradisi memasak yang diteruskan ini adalah mengambil semangat berpasukan justeru pihak pengurusan IKIM mengalu-alukan kedatangan bulan Ramadan.

Mohamed Azam berkata gotong-royong ini melibatkan kakitangan dari Kelab IKIM dan lebih 200 bekas bubur lambuk telah disiapkan dan diagihkan kepada 180 warga kerja IKIM.

Scroll to Top