TH LANTIK 37 SYARIKAT SEBAGAI PENGELOLA JEMAAH HAJI (PJH)

PUTRAJAYA, 21 November (IKIM) – Sebanyak 37 syarikat pelancongan tempatan telah dilantik sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi Musim Haji 1446H/2025M. PJH yang dilantik ini menunjukkan pertambahan bilangan berbanding 25 syarikat PJH pada musim lalu membuktikan komitmen Lembaga Tabung Haji (TH)dalam memberi peluang kepada syarikat pelancongan tempatan yang telah memenuhi syarat dan kriteria bagi mengelola jemaah haji negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im Mokhtar berkata setiap PJH yang dilesenkan perlu melepasi Penilaian Kewangan yang begitu ketat, Penilaian Pengurusan Jemaah Umrah di tanah suci dan Penilaian Lawatan Syarikat.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam  Majlis Serahan Lesen Pengelola Jemaah Haji Musim Haji 1446H/2024M di sini, hari ini. 

“Saya difahamkan bahawa Tabung Haji tidak menetapkan sebarang jumlah Pengelola Jemaah Haji yang dibenarkan untuk beroperasi pada satu-satu musim haji. Berdasarkan proses pemilihan, penilaian dan semakan yang dilakukan, saya yakin syarikat-syarikat PJH yang terpilih memiliki kapasiti yang teguh, kepakaran dan pengalaman yang mencukupi serta komited memberikan perkhidmatan terbaik dan menjaga kebajikan jemaah haji Malaysia,” ujar beliau. 

Mohd Na’im menyeru semua PJH pada musim haji 1446H untuk terus menawarkan pakej haji ekonomi bernila÷≥i bawah RM50,000 sebagai salah satu inisiatif bagi membantu lebih ramai bakal haji untuk menunaikan ibadah haji dengan harga yang berpatutan.

Dalam pada itu, beliau berkata TH juga turut membuat semak silang dengan JAWHAR dan MOTAC bagi memastikan syarikat PJH yang diberikan lesen ini bersih daripada sebarang tindakan undang-undang dan mempunyai kemampuan untuk mengelolakan jemaah haji demi memastikan kebajikan jemaah haji terjamin sepanjang berada di tanah suci.

Beliau turut mengingatkan bakal haji mengenai peraturan ketat yang dilaksanakan oleh kerajaan Arab Saudi, khususnya mengenai larangan menunaikan haji tanpa permit yang sah dan mengingatkan bakal jemaah haji agar sentiasa mematuhi peraturan ini untuk mengelakkan masalah semasa di Tanah Suci.

THberharap orang ramai sentiasa mengambil langkah berhati-hati dan tidak mahu kes yang sama berlaku seperti tahun-tahun sebelum ini di mana ada jemaah haji terkandas akibat ditipu oleh syarikat tidak berlesen yang menawarkan perkhidmatan pakej haji.

Surat tawaran haji kepada 31,600 bakal jemaah bagi tahun 1446H/2025M akan mula dikeluarkan tidak lama lagi. Bakal haji yang terpilih perlu mencukupkan bayaran haji dan lulus pemeriksaan kesihatan sebelum menjawab tawaran.

Turut hadir dalam majlis tersebut Yang Berbahagia Tan Sri Abdul Rashid Hussain, Pengerusi TH dan Tuan Syed Hamadah Syed Othman, Pengarah Urusan Kumpulan Dan Ketua Pegawai Eksekutif TH.

Senarai 37 Syarikat PJH :

NO.NAMA SYARIKAT
1.AL BALAD TRAVEL & TOURS SDN BHD
2.ALAM SHAH TRAVEL & TOURS SDN BHD
3.ALIF TRAVEL & TOURS SDN BHD
4.AMANI TRAVEL SDN. BHD.
5.ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
6.AZ SAFIR TRAVEL AND TOURS SDN BHD
7.AZ ZUHA GROUP TRAVEL & TOURS SDN BHD
8.BATUTA TRAVEL & TOURS SDN BHD
9.BUSYRA HOLIDAYS SDN BHD
10.CITRA TRAVEL & TOURS SDN BHD
11.CS HOLIDAYS SDN BHD
12.EIMAN TRAVEL & TOURS SDN BHD
13.FELDA TRAVEL SDN BHD
14.GEMILANG TRAVEL AND TOURS SDN. BHD.
15.GLOCAL TRAVEL & TOURS SDN BHD
16.HARMONY EXCELLENCE HOLIDAYS SDN BHD
17.IN SAFF TRAVEL AND TOURS SDN BHD
18.JAD TRAVEL & TOURS (M) SDN BHD
19.JAY IBRAHIM TRAVEL & TOURS SDN BHD
20.JUARA TRAVEL & TOURS SDN BHD
21.KAWAN INTERNATIONAL TRAVEL SDN BHD
22.KEMBARA UMRAH SDN BHD
23.KRS TRAVEL SDN BHD
24.MAHABBATEN TRAVEL & TOURS SDN BHD
25.MIMM TRAVEL & TOURS SDN BHD
26.MKM TICKETING TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
27.RAYHAR TRAVELS SDN. BHD.
28.SAMRAH TRAVEL SDN BHD
29.SYARIKAT PELANCUNGAN YASKIN SDN BHD
30.TH TRAVEL & SERVICES SDN BHD
31.TIARA MASS TRAVEL & TOURS SDN BHD
32.TITIM TRAVEL SDN. BHD.
33.TM TOURS & TRAVEL SDN BHD
34.TRI-D TRAVEL & TOURS SDN BHD
35.UTAS TRAVEL & TOURS WORLDWIDE HOLIDAYS SDN BHD
36.WIRA SAUJANA TRAVELS & TOURS SDN BHD
37.ZAHAFIZ TRAVEL & TOURS SDN BHD
WhatsApp
Scroll to Top