TH TERIMA ANUGERAH LABBAITOM KALI KEEMPAT BERTURUT-TURUT

MAKKAH, 9 Jun (IKIM) – Malaysia melalui Tabung Haji (TH) dinobatkan penerima Anugerah Labbaitom (kategori Kepuasan Pelanggan) kali keempat berturut-turut oleh Kerajaan Arab Saudi dalam Majlis Penutup Musim Haji 1446H / 2025M anjuran Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Seti Dr. Hj. Mohd Na’im Mokhtar berkata pencapaian ini adalah amat membanggakan Malaysia. 

“Saya berharap pengurusan TH sentiasa mencari ruang inovasi dalam menyediakan memberikan perkhidmatan  lebih baik kepada jemaah haji Malaysia bagi tahun-tahun berikutnya,” ujar beliau dalam hantaran di Facebook, hari ini. 

Mohd Na’im merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada TYT Dr Tawfiq Fawzan al-Rabiah, Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi kerana memilih Malaysia bagi Anugerah tersebut. 

“Saya juga mengucapkan syabas kepada semua jemaah haji Malaysia yang memberi kerjasama dan berdisiplin sepanjang perjalanan Masyair. Kerjasama ini amat membantu TH untuk mengenal pasti menyediakan perkhidmatan yang lebih baik,” tambah beliau. 

Beliau turut mendoakan seluruh jemaah Haji dikurniakan haji yang mabrur dan sentiasa menjadi insan bertaqwa juga berusaha meninggikan syiar agama

Gambar : FB Dato’ Setia Dr Naim

WhatsApp
Scroll to Top