Makkah,16 Jun (IKIM) – Setelah 34 hari berada di Tanah Suci dan berbaki 12 hari sebelum Operasi Masyair menuntut setiap pertugas haji melaksanakan perancangan dan gerak kerja dengan lancar dan tersusun bagi menjamin jemaah haji dapat berwukuf serta mengerjakan rukun dan wajib haji sebaik mungkin.
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Dato’ Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berpesan agar kesemua petugas haji dapat kuatkan gerak kerja dalam pasukan, lancarkan perkhidmatan, hulurkan bantuan dengan penuh sopan termasuk urusan pergerakan, penempatan, perkhidmatan sajian dan ibadah, pengurusan pesakit serta lain-lain.
“Justeru penting bagi petugas Haji terus bersemangat tinggi, lakukanlah yang terbaik, bertindaklah selaras dengan proses kerja dan laksanakan tugas secara pro-aktif seperti hari pertama mereka sampai ke tanah suci untuk menyantuni Duyufurrahman.” Katanya ketika berucap di Majlis Perhimpunan Petugas Musim Haji 1444H/2023.
Untuk rekod, seramai 26,420 Jemaah haji telah tiba di Makkah untuk menunaikan ibadah Haji daripada keseluruhan jumlah 31,600 jemaah.
Dalam masa yang sama TH melancarkan tabung ‘Nikmatul Khair” yang membuka ruang kepada petugas untuk menyumbang dalam bentuk wang ringgit selain usaha bantuan mereka selama ini yang berbentuk tenaga.
Tabung yang perkenalkan pada tahun 2018 ini adalah tabung sumbungan daripada para petugas dan pada tahun lalu kutipannya mencecah 33 ribu rial. Hasil daripada kutipan tabung itu di sumbangkan kembali kepada Jemaah sebagai jariah.
Tahun lalu daripada kutipan tersebut dijadikan sabil untuk sarapan pagi para Jemaah dan pada tahun ini TH bercadang menjadikannya sebagai wang upah kepada pembantu Jemaah haji bagi meringankan beban jemaah haji yang terpaksa menggunakan khidmat pembantu haji.
NORHAYATI PARADI
Makkah al Mukaromah untuk Radio IKIM