PM HADIR KE GLOBAL MADANI FORUM

KUALA LUMPUR, 11 JULAI (IKIM) – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim hadir ke program Global Madani Forum anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Penubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur pagi tadi. 

Beliau sewaktu menyampaikan ucaptama pada forum tersebut berkata kerangka Madani ini adalah bersepadu yang mengabungkan elemen keadilan, kebebasan, nilai dan mementingkan kemakmuran ekonomi. 

Beliau dalam pada itu turut mengemukakan cabaran kini dalam merealisasikan idea Madani dengan mengambil kira kekuatan material dan keadaan sosiopolitik semasa. 

Perdana Menteri turut menzahirkan penghargaan kepada IKIM dan rakan strategiknya atas penganjuran program ini serta kepada semua pembentang dan peserta dari dalam dan luar negara.

Program yang berlangsung selama dua hari itu, membincangkan antaranya meneroka pelbagai dimensi strategi dalam membangun peradaban Islam dan Asia serta mengetengahkan idea Madani dalam pembangunan peradaban. 

Global Madani Forum turut dihadiri oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im Hj. Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Syeikh Prof. Dr. Ali Muhyiddin Ali al-Qaradaghi, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia

Scroll to Top