PERDANA MENTERI AKAN TERUS PERJUANGKAN ISU KEMANUSIAAN 

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (IKIM) – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim terus menyatakan pendirian menyokong segala usaha kemanusiaan terutama dalam membantu pembebasan rakyat Palestin. 

Beliau berkata umat Islam dunia bukan sekadar perlu mengimarahkan masjid bahkan usaha dan perjuangan bersungguh-sungguhperlu diteruskan demi pembebasan Masjid Al-Aqsa.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Muktamar Masjid Se-Malaysia untuk al-Aqsa dan Palestin di sini, hari ini.

Sementara itu, Malaysia akan mempertimbangkan untuk menambah bantuan membantu merawat rakyat Palestin yang cedera, sekiranya terdapat keperluan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata bagaimanapun setakat ini, kerajaan tidak mempunyai sebarang perbincangan mengenai fasa seterusnya, untuk membantu warga Palestin yang cedera.

“Setakat ini, (fasa seterusnya) tidak ada perkembangan, sebabnya fasa pertama adalah perubatan (rakyat Palestin cedera yang dibawa ke Malaysia), yang telah baik (sembuh) akan dihantar balik. Jadi kita ambil pendekatan aman dan tenang sekejap.

“Kita nanti (akan) runding dengan Mesir yang telah menampung, Arab Saudi, Turkiye, Qatar, kita tengok kalau ada keperluan kita boleh bincang dan setakat ini kita nak rawat dan bagi diorang (mereka) sihat dahulu. Kita akan bincang dan sekarang terlalu awal,” katanya kepada pemberita hari ini. Perdana Menteri berkata belum ada sebarang perbincangan mengenai usaha membawa masuk lebih ramai rakyat Palestin yang tercedera untuk dirawat di negara ini. 

Muktamar anjuran Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM) bersama agens-agensi lain itu turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar serta timbalannya, Dr. Zulkifli Hasaan, pengerusi dan imbalan Pengerusi IKIM serta delegasi asing. 

Kira-kira 1,000 orang menghadiri muktamar yang berlangsung sehari itu bagi mebincangkan peranan masjid dalam mengukuhkan kesejahteraan dan perpaduan ummah serta perkembangan terkini isu Palestin dan Masjid Al-Aqsa. 

Muktamar itu turut menampilkan antaranya tokoh-tokoh Palestin antaranya Dr. Raed Daana, Direktorat Masjid Al-Aqsa serta Dr. Mohammad Al-Madhoun, Imam Masjid As-Shafie, Gaza. 

Scroll to Top