PERASMIAN PENUTUP MAJLIS IHYA RAMADAN IKIM

Kuala Lumpur, 4 April (IKIM) – Ketua Pengarah Instittut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil hari ini merasmikan majlis penutup program Ihya Ramadan di Surau IKIM, Langgak Tunku.

Mohamed Azam mengucapkan tahniah dan Syabas terhadap inisiatif yang dijalankan oleh pihak Kelab Kebajikan Kakitangan IKIM bersama-sama Surau IKIM dalam menghidupkan Ramadan dengan pelbagai pengisian program antaranya projek ‘sampul ifar, talaqqi kitab, tazkirah ibrah Ramadan, e-risalah Kelab IKIM, kuiz dalam talian dan agihan bubur lambuk, kurma dan sampul raya, serta sumbangan hari raya.

“Diharapkan dengan projek yang telah dijalankan ini warga kerja IKIM tidak terlepas mengambil kesempatan memperbanyak amal ibadah dan merebut ganjaran pahala yang berlipat ganda.”

“Mudah-mudahan kita terus diberi peluang untuk menggandakan amalan untuk memburu malam Lailatul Qadr walaupun Ramadan akan meninggalkan kita tidak lama lagi. Semoga kita semua dapat dipertemukan dengan malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan ini.

Ramadan adalah bulan tarbiah untuk mendidik kita mendekatkan diri kepada Pencipta Rabbul Jalil jadi amalan-amalan yang telah kita gandakan pada bulan ini harap dapat diteruskan pada bulan-bulan lain dan saya sentiasa optimis dengan keperibadian dan kerjasama yang ditonjolkan oleh warga IKIM, khusus apabila program-program yang dianjurkan ini mendapat sokongan yang baik daripada warga dan Ahli Kelab IKIM.”

Mohamed Azam berkata program Sampul Iftar telah berjaya mencapai sasaran asal empat sampul sehari, berbanding tiga sampul pada awal Ramadan dahulu dan beliau amat berbangga dengan inisiatif ini bagi menggembirakan warga IKIM yang layak menerima sumbangan.

“Semoga Allah membalas sumbangan para penaja dengan sebaik-baik ganjaran dan Alhamdulillah saya sempat melihat gambar-gambar penerima tersenyum saban minggu di IKIM Mega dan pastinya ia suatu perkembangan positif untuk IKIM.

Sepertimana Rasululullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud: Hendaklah kamu saling memberi hadiah, nescaya kamu akan saling mengasihi dan mencintai. Jadi saya juga berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.”

Pada majlis ini juga diadakan sesi sumbangan hari raya kepada 13 orang penerima sumbangan daripada Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah yang merupakan bakul makanan.

Selain itu Kelab Kebajikan Kakitangan IKIM juga menyampaikan hadiah kuiz yang telah diadakan sebanyak dua kali pada bulan Ramadan sebagai uji minda dan pengetahuan warga IKIM. Kepada 10 orang penerima bertuah.  dan Surau IKIM pada tahun hadapan.

Sempena majlis penutup Ihya Ramadan kali ini Kelab Kebajikan Kakitangan IKIM turut mengambil kesempatan mengagihkan bubur lambuk kepada semua kakitangan IKIM yang hadir.

Turut hadir dalam majlis ini Pengerusi IKIM, Datuk Dr. Muhammad Nur Manuty dan Pengerusi Kelab Kebajikan Kakitangan IKIM, Atiqurrahman Rosdi.

Scroll to Top