PENJELASAN KEHADIRAN DATUK HASANUDDIN MOHD YUNUS KE SIDANG MEDIA GISBH

16 September 2024
12 Rabiul Awal 1446H

1.⁠ ⁠Datuk YDP YADIM hadir ke Sidang Akhbar GISBH pada Khamis 29 Ogos 2024 di ibu pejabat mereka di Rawang atas kapasiti peribadi.

2.⁠ ⁠Beliau memang mengikuti perkembangan pengharaman Darul Arqam dan Rufaqa’ serta memahami GISBH dimiliki dan diurus oleh saki baki pimpinan dan pengikut Arqam.⁠

3.⁠ ⁠Sebaik sahaja mendengar GISBH telah menghantar surat saman kepada Sahibus Samahah Mufti Perlis dan Timbalan Mufti Wilayah sebelumnya, dan mengetahui adanya sidang media GISBH untuk itu, beliau hadir dengan harapan sekiranya pihak GISBH ada ruang untuk mengkaji semula dan menarik balik saman mereka. Mufti dan Timbalan Mufti satu jawatan yang sangat dihormati oleh semua pihak.

4.⁠ ⁠Tidak timbul isu memihak kepada GISBH apatah lagi dalam isu yang besar seperti ini dan kini PDRM telah bertindak melakukan penangkapan dan membuat penjelasan, maka sangat wajar semua pihak menyerahkan kepada pihak PDRM menjalankan tugas mereka.

5.⁠ ⁠Rakaman video yang tersebar dibuat sebelum kenyataan polis dan sebelum tangkapan polis⁠, ia dibuat selepas percubaan memberi nasihat kepada mereka.

6.⁠ ⁠⁠Beliau akan tetap berdiri mempertahankan dasar-dasar Kerajaan, JAKIM, Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri dan sebarang fatwa rasmi dari mereka.

Sumber : Admin Page
DATUK HASANUDDIN MOHD YUNUS

Scroll to Top