PELAJAR TAHFIZ UPSI JADI IMAM DI UNIVERSITY OF OXFORD SEMPENA RAMADAN

TANJUNG MALIM, 13 Mac (IKIM) — Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mencipta sejarah apabila lima wakilnya terpilih menjadi imam sempena Program Qari in Residence sepanjang Ramadan tahun ini di United Kingdom, Australia dan Singapura.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff, berkata pelajar Ijazah Sarjana Muda Tahfiz al-Quran dan Qiraat dengan Pendidikan, Adib Farhan Baharudin, diberi penghormatan menjadi imam di Oxford Centre for Islamic Studies, membuktikan kualiti pendidikan tahfiz UPSI di peringkat global.

Selain itu, wakil UPSI turut menggalas tanggungjawab sebagai imam di Malaysian Hall Perthaman budaya masyarakat Islam antarabangsa.

UPSI kini sedang membangunkan Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (-Furqan) di Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City, sebagai pusat kajian pendidikan tahfiz yang menggabungkan sistem pondok dan kurikulum arus perdana, selari dengan usaha melahirkan modal insan holistik dan duta ilmu al-Quran di peringkat antarabangsa.

WhatsApp
Scroll to Top