PELAJAR MUSLIM DIMINTA TERUS SUBURKAN BUDAYA KREATIVITI DAN INOVASI

Kuala Lumpur , 6 Jun (IKIM) -Penerapan kefahaman tentang kreativiti dan inovasi yang menggabungkan elemen Islam dalam aktiviti harian pelajar Muslim akan meningkatkan daya kreativiti Islami.

Ketika merasmikan Persidangan Meja Bulat Kefahaman Sains, Teknologi dan Inovasi Dalam Kerangka Islam di ibu negara Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Dr. Mohd Zaidi Ismail berkata pendidikan yang menekankan pemikiran kritis dan kreatif, ekosistem yang menyokong inovasi, dan dasar yang menggalakkan penyelidikan dan pembangunan berperanan besar dalam memastikan umat Islam dan negara ini tidak ketinggalan dalam arus perubahan global.

Justeru menerusi hasil kajian yang diketengahkan pada persidangan berkenaan Dr. Zaidi berharap agar langkah ke hadapan dapat dilaksanakan dalam usaha penerapan kefahaman sains dan teknologi serta penerapan budaya kreativiti dan inovasi Islami.

Persidangan itu dianjurkan oleh Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar (KIAS) IKIM yang bertanggungjawab untuk menangani isu-isu yang berkait dengan sains, teknologi dan alam sekitar berpandukan kerangka ajaran dan nilai Islam.

Disediakan oleh : Ahmad Nazri Mohd Yusof

WhatsApp
Scroll to Top