Sinari Aidilfitri dengan Kemaafan

AIDILFITRI hadir dengan falsafah kemaafan sesama umat manusia. Perdamaian hati tanpa ada rasa dendam kesumat, amarah dan sakit hati terlerai pada saat syawal tiba. Kemaafan dihulur sesama ahli keluarga seperti suami isteri, ibu ayah, adik beradik, sanak saudara, atau sesiapa jua adalah tuntutan agama yang wajib dilaksanakan. Indahnya Islam dapat dilihat melalui didikan selama sebulan […]

Sinari Aidilfitri dengan Kemaafan Read More »

Tarbiah Ramadan

SYAWAL sememangnya dinanti-nantikan dan disambut dengan penuh pengertian sebagai  hari kemenangan selepas sebulan berjihad melawan nafsu dan pelbagai kehendak kehidupan. Namun yang pasti, adakah bulan yang penuh dengan kegembiraan ini kita hayati erti sebenar di sebalik Aidilfitri. Allah SWT berfirman menerusi ayat 185 surah Al-Baqarah yang bermaksud : “…Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa

Tarbiah Ramadan Read More »

Setulus Doa

PROF. Madya Dr. Syarifah Hayaati Syed Ismail dalam rancangan Tarbiyah yang bersiaran di radio IKIMfm Jumaat lepas jam 10.15 pagi berbicara tentang “Setulus Doa”. Apabila kita teliti ayat al-Qur’an dalam Surah al-Baqarah ayat 183 hingga 187 yang memerintahkan orang-orang beriman itu berpuasa, terselit dalam ayat 186 perintah agar kita berdoa kepada Allah SWT sepertimana mafhumnya

Setulus Doa Read More »

Nikmat Syurga Bagi Penghidup 10 Malam Terakhir Ramadan

SAAT Allah SWT memberi peluang kepada manusia untuk menghadapi bulan Ramadan ia merupakan peluang yang tidak harus dilepaskan di dalam hidup kerana belum pasti mereka dapat menikmatinya pada masa akan datang. Ganjaran syurga yang khusus bagi mereka yang berpuasa akan ditentukan oleh Allah SWT. Indahnya syurga tidak pernah dilihat oleh sesiapa, telinga tidak pernah mendengar

Nikmat Syurga Bagi Penghidup 10 Malam Terakhir Ramadan Read More »

Menggapai Keharmonian Diri

DALAM menggapai keharmonian dalam kehidupan ini tidak ada jalan lain selain mentaati perintah Allah SWT. Orang yang taat akan perintah Allah dan menjauhkan dirinya dari segala perbuatan mungkar akan dapat mencapai kebahagiaan yang hakiki dan akan mendapat kecintaan Nabi Muhammad SAW. Menerusi rancangan Islam Itu Indah bersama Ustaz Pahrol Muhamad Juoi yang bersiaran setiap hari

Menggapai Keharmonian Diri Read More »

Fairuz Al-Dailamy

“Seorang yang diberkati daripada keluarga yang berkat” BEGITULAH kata-kata Baginda SAW mengenai sahabat yang bernama Fairuz al-Dailamy. Menerusi segmen Hayatus Sahabah yang bersiaran di IKIMfm minggu lalu, Ustaz Mohd Hazri Hashim al-Bindany berkongsi kisah mengenai kehidupan sahabat yang bernama Fairuz al-Dailamy. Kisah bermula tatkala Rasulullah SAW mula mengadu sakit selepas Baginda pulang daripada mengerjakan ibadah

Fairuz Al-Dailamy Read More »

Isteri Solehah

ISLAM melihat perkahwinan itu merupakan satu ikatan suci yang menyatukan antara dua hati. Tujuan perkahwinan adalah untuk memenuhi keperluan syariat yang yang telah ditetapkan kepada semua pasangan lelaki dan wanita yang sepakat untuk hidup bersama  Perkahwinan itu sendiri merupakan saluran untuk meneruskan keturunan manusia di muka bumi. Sudah menjadi fitrah manusia yang dijadikan berpasang-pasangan. Sebagaimana

Isteri Solehah Read More »

Aku dan Istiqamah

PROF. Madya Dr. Syarifah Hayaati Syed Ismail dalam rancangan Tarbiyah yang bersiaran di radio IKIMfm Jumaat lepas jam 10.15 pagi berbicara tentang “Aku dan Istiqamah”.  Istiqamah bermaksud teguh pendirian, tetap, disiplin, lahir juga istilah konsisten, juga pembaikan berterusan. Tidak boleh istiqamah jika seseorang itu pemalas, tidak akan berjaya seorang yang tidak istiqamah. Dalam satu hadith

Aku dan Istiqamah Read More »

Mereka Yang Dirindui Syurga

TIADA nilainya kehidupan yang dijalani di dunia walaupun dilimpahi kemewahan mahupun dipuja dan dipandang mulia oleh manusia lain sekiranya apabila tibanya saat kematian, mereka terhumban ke dalam neraka. Bernilainya kehidupan manusia apabila diberi kemuliaan disisi Allah dan menghuni syurga pada Hari Akhirat kelak. Tetapi sayangnya ramai manusia di dalam keadaan hanyut dan terperangkap dengan tipu

Mereka Yang Dirindui Syurga Read More »

Scroll to Top