Mendengar Untuk Apa?

KITA diberi satu lisan dan dua telinga oleh Allah agar kita lebih banyak mendengar dan berbicara secukupnya. Akan tetapi, kebanyakan dari kita masih banyak berbicara dan masih sukar untuk benar-benar mendengarkan orang lain. Padahal ketika kita mendengarkan, kita boleh mendapatkan suatu ilmu yang belum kita ketahui. Atau yang lebih sering terjadi adalah kita seolah-olah mendengarkan, tetapi fikiran kita tidak sepenuhnya ada di situ. Ustaz Muhamad Abdullah al-Amin dalam rancangan Pesona D\’Zahra yang bersiaran di IKIMfm pada Isnin minggu lalu jam 10.15 pagi berkata “Dan janganlah kamu menurut sesuatu yang tiada dalam pengetahuan (ilmu). Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati semuanya kelak pasti akan dimintai tanggung jawabnya.” (al-Israk:36) Perkongsian berkaitan “Mendengar itu apa?” menurut ‘Ustaz Muhamad Abdullah al Amin ada dua, diantaranya adalah:

Pertama, Membentuk Dalaman

Dalam bidang kerohanian Islam ia telah lama terbukti bahawa tenaga dalaman ini memang wujud dan ia dikaitkakan pula dengan latihan kesufian yang bersungguh-sungguh. Umat Islam sebenarnya amat beruntung kerana sudah sedia ada pembelajaran untuk meneroka bidang ini, namun selepas terpengaruh dengan sains moden barat yang menolak sesuatu yang berbentuk super natural, akhirnya orang Islam mengabaikannya. Sebenarnya ilmu Metafizik adalah ilmu Islam dan diterokai oleh ahli sufi Islam sejak berabad dahulu. Ilmu kerohanian Islam jauh lebih hebat dari apa yang dicapai oleh ahli sains barat. Itulah ilmu para Wali Allah yang tiada tolok bandingnya dengan mana-mana ilmu barat.

Kedua, Membentuk Benda Luaran (Tindakan)

Kemahiran mendengar ialah sebahagian daripada proses komunikasi antara manusia. Mendengar ialah aktiviti aktif dari segi mental kerana kemahiran ini melibatkan kefahaman dan pemprosesan maklumat yang didengar. Maka, komunikasi lisan melibatkan dua proses iaitu penghasilan dan penerimaan mesej. Proses pertama terlaksana melalui pertuturan sementara proses yang kedua berlaku melalui pendengaran. Kemahiran mendengar tedapat dua jenis iaitu mendengar secara intensif dan mendengar secara eksentif. Kemahiran mendengar yang baik membolehkan seseorang memperoleh dan memproses maklumat dengan tepat. Demikian juga seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik membolehkan seseorang menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan berkesan. Kebolehan untuk mendengar dan bertutur dengan baik dan berkesan sangat penting dalam kehidupan seharian. Ini bermakna, seorang pendengar yang baik dapat memahami dan memperoses maklumat yang didengarinya dalam sesuatu interaksi.

Selain itu, menurut Ustaz Muhamad Abdullah al Amin ada tiga perkara hasil dari pendengaran perlu dielakkan, diantaranya adalah:

Pertama, benda-benda sedih yang tidak mengingatkan kepada akhirat

Zikrullah adalah semulia-mulia ibadat, sebesar-besar cara mendekatkan diri kepada Allah, makanan roh dan sumber ketenangan hati orang yang beriman. Firman Allah SWT  yang bermaksud \”Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka tenteram dengan mengingati Allah, ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang\”( Surah al-Ra\’d ayat 28)  

Kedua, benda yang menakutkan

Perang Badar terjadi pada 7 Ramadhan, dua tahun setelah hijrah. Ini adalah peperangan pertama yang mana kaum Muslim (Muslimin) mendapat kemenangan terhadap kaum Kafir dan merupakan peperangan yang sangat terkenal karena beberapa kejadian yang ajaib terjadi dalam peperangan tersebut. Rasulullah SAW telah memberikan semangat kepada Muslimin untuk menghalang khafilah suku Quraisy yang akan kembali ke Mekkah dari Syam. Abu Sufyan telah menghantar pesan kepada kaumnya suku Quraish untuk datang dan menyelamatkannya.

Ketiga, perkara yang membabit pergaduhan

\”Marah satu daripada sifat tercela (mazmumah) yang dibenci oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW. Perasaan marah yang gagal dikawal sebenarnya boleh menimbulkan sifat keji lain seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh. Misalnya dalam ha lini, kita disaran mengelakkan diri kita menjadi ‘batu api’ yang boleh mencetuskan sesuatu pergaduhan. Gagal mengawal emosi atau cepat naik angin biasanya berlaku ketika seseorang itu hilang pertimbangan. Memang benar ada yang mengatakan \’aku sudah meletup, memang aku tak boleh buat apa-apa.\’ Tetapi lebih baik kita belajar menenangkan diri sebelum menghamburkan sebarang bentuk perkataan kepada pihak lain. Selain itu, melihatkan status diri sebagai insan yang berakal membolehkan kita menilai dulu sesuatu perkara sebelum melakukan sebarang tindakan yang bersandarkan desakan emosi semata-mata.

Keempat, keaiban Allah yang tutup

Sebagai manusia , kita seharusnya menutup aib sesama Muslim  dan berhenti daripada menyebut-nyebut  serta menyiarkannya, sebagaimana firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebah (menyiarkan) tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman ,mereka akan beroleh azab  seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan akhirat (Surah An-Nur : ayat 19)

Kelima, benda yang tidak baik yang ada dalam diri (perasaan)

Dalam perkara ini, kita harus merenung satu hadith dimana Nabi SAW pernah bersabda “Barang siapa yang banyak bercakap ,maka banyaklah salahnya, maka banyak dosanya dan neraka adalah tempat selayaknya untuk dia”. Justeru, orang yang bijaksana disifatkan sebagai  mereka yang sentiasa matang dalam percakapannya.

Kesimpulannya, Ustaz Muhamad Abdullah al Amin ada menjelaskan bahawa kematangan di dalam bercakap amat penting dan ia perlu dilakukan pada waktu dan tempat yang sesuai. Kemahiran mendengar merupakan suatu proses yang aktif merangkumi proses mendengar dengan tujuan untuk memahami, mengingati, menilai dan mengkritik. Malah mendengar secara aktif bukan sahaja tertumpu kepada penggunaan telinga, tetapi kepada kesemua pancaindera terutama penglihatan, iaitu menerusi komunikasi tidak verbal. Justeru itu, mendengar ialah aktiviti aktif dari segi mental kerana kemahiran ini melibatkan kefahaman dan pemprosesan maklumat yang didengar.

Rencana ini telah disiarkan dalam segmen Agama akhbar Berita Harian edisi 18 April 2016
Scroll to Top