MAHKAMAH SYARIAH MASIH RELEVaN DAN TERUS DIPERKASAKAN – ZULKIFLI HASAN

Kuala Lumpur, 23 April (IKIM) – Pemerkasaan Mahkamah Syariah masih giat dilakukan supaya kedudukannya kekal utuh dalam Perlembagaan dengan mengambil kira aspek keseluruhan bagi memperkukuh Mahkamah Syariah di Malaysia, kata Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.

Justeru antara usaha untuk memperkasakan Mahkamah Syariah yang dilaksanakan termasuk melakukan bidaan akta bidang kuasa Mahkamah Syariah, meningkatkan struktur Mahkamah Syariah serta rang undang-undang sedia ada dan menubuhkan Akademi Kehakiman Syariah Malaysia.

Sementara itu, beliau berpendapat bahawa Mahkamah Syariah masih releven dengan adanya kejayaan-kejayaan Mahkamah Syariah dalam menyelesaikan kes dalam jangka masa yang singkat.

Zulkifli berkata demikian ketika ditemui pemberita IKIMfm selepas menjadi tetamu dalam rancangan syariah dan perundangan bagi berkongsikan berkenaan Pemerkasaan Mahkamah Syariah di studio IKIMfm di Kuala Lumpur hari ini.

Scroll to Top