Kuala Lumpur, 22 April – Bertemakan Planet vs. Plastik,sambutan Hari Bumi Sedunia sekali lagi diraikan pada 22 April tahun ini di seluruh dunia sebagai usaha untuk menghargai bumi dan menyemai rasa tanggungjawab serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk melindungi bumi dan alam sekitar.
Justeru menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hijau Malaysia Dr. Muiz Murad sokongan komitmen dan tindakan oleh semua pihak amat penting dalam membudayakan gaya hidup hijau seperti menggunakan pengangkutan awam, menggunakan elektrik secara cekap serta sentiasa mengamalkan aktiviti kitar semula.
Menurutnya, bagi memastikan gaya hidup hijau tersebut terus kekal dipratikkan secara berteusan ia memerlukan kesungguhan dan tranformasi tingkah laku yang melibatkan sumber kewangan yang mencukupi,infrastruktur yang baik, pemberian insentif dan penghargaan .
Dalam pada itu Dr Muiz Murad turut berkata pihak berkepentingan misalnya Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam sentiasa cakna dalam mempromosi dan meningkatkan kesedaran alam sekitar dan kepentingan melindungi Bumi menerusi pelaksaaan kempen dan sesi libat urus.
Disediakan oleh : Ahmad Nazri Mohd Yusof