LAGU NEGARAKU BERKUMANDANG DI MUZDALIFAH KETIKA TINJAUAN PERSIAPAN HARI WUKUF

 

LAGU NEGARAKU BERKUMANDANG DI MUZDALIFAH KETIKA TINJAUAN PERSIAPAN HARI WUKUF

 

Makkah,13 Jun (IKIM) – Lagu negaraku memecah kesunyian bumi Muzdalifah yang hampir 11 bulan sunyi tanpa kunjungan para tetamu Allah.

Acara ringkas tetapi penuh bermakna itu berlangsung ketika tinjauan persiapan untuk Hari wukuf bersama Ketua Rombongan Haji Malaysia, Dato’ Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Ketika membuat tinjauan tersebut beliau berkata, keadaan di Arafah, Muzdalifah dan Mina dalam tahap 60% kesediaan untuk menghadapi Hari Wukuf.

Beliau yakin bahawa setiap persiapan dapat di laksanakan dengan baik. Namun begitu, di sebabkan jumlah kuota telah kembali kepada jumlah asal iaitu 31,600 maka, ruang untuk Jemaah haji agak terhad.

Oleh itu katanya, TH mengambil inisiatif menambah baik fisiliti yang ada seperti pendingin hawa, struktur khemah terutama di Arafah di tambahbaik dengan lapisan penghalang haba panas di bahagian atas dan juga penambahbaikan dari sudut dinding khemah yang disediakan kepada Jemaah.

Di sebelah malamnya pula diadakan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin Sempena 60 Tahun Penubuhan TH Serta Kelancaran Operasi Masyair Haji 1444H/2023M oleh para petugas TH.

 

NORHAYATI PARADI

Melaporkan dari Mekah al-Mukarramah untuk Radio IKIM

\"\"
Sebahagian Petugas Haji melawat tapak di Muzdalifah, Arafah dan Mina
Scroll to Top