KPM PANDANG SERIUS AJARAN SESAT DI MALAYSIA

Kuala Lumpur, 8 April (IKIM) – Ajaran atau fahaman sesat bukan sahaja bertentangan dengan akidah Islam tetapi juga boleh mengancam perpaduan rakyat dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Justeru dalam menangani situasi berkenaan dengan sebaiknya Fadhlina berkata pihak Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa melaksanakan pemantauan dari semasa ke semasa khususnya ajaran yang dikaitkan dengan radikalisme dan ekstremisme.

Dalam hal ini beliau berpandangan bahawa Islam menganjurkan sifat kesederhanaan dan saling hormat-menghormati antara sesama Muslim dan setiap Muslim perlu menanamkannya dalam kehidupan seharian.

Fadhlina berkata demikian ketika ditemui pemberita IKIMfm selepas menjadi tetamu dalam proram Temubual Khas bersama Pengerusi IKIM, Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty di studio IKIMfm di Kuala Lumpur hari ini.

Scroll to Top