JENAZAH ANGGOTA FRU DIBAWA KE BALAI POLIS BATU SENAM, IPOH UNTUK PENGHORMATAN TERAKHIR

TELUK INTAN, 13 Mei – Kesemua jenazah anggota Pasukan Simpanan Polis Persekutuan (FRU) yang terlibat dalam kemalangan lori FRU dengan lori muatan batu akan dibawa ke Balai Polis Batu Senam, Ipoh sebagai penghormatan terakhir, kata Ketua Polis Hilir Perak, ACP Dr. Bakri Zainal Abidin.

Beliau ketika dihubungi berkata angka kematian dalam kemalangan tersebut sehingga kini berjumlah sembilan orang.

Kesemua anggota yang maut adalah anggota FRU dari Unit 5 Ipoh dan mayat dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat.

Sumber: BERNAMA

WhatsApp
Scroll to Top