JEMAAH HAJI MALAYSIA, YUSOFF BIN ARSHAD KEMBALI KE RAHMATULLAH DI MAKKAH

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

MAKKAH, 23 Jun (IKIM) – Seorang lagi jemaah haji Malaysia telah kembali ke rahmatullah di Tanah Suci hari ini.

Almarhum Yusoff bin Arshad, 83 tahun, dari KT096, Maktab 112 (PJH: THTS) menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.25 pagi waktu Arab Saudi di Hospital King Abdul Aziz akibat serangan jantung (cardiac arrest).

Almarhum yang berasal dari Permatang Pauh, Pulau Pinang berada di Tanah Suci bersama anaknya, Ahmad Yasir bin Yusoff. Pihak Tabung Haji telah menguruskan segala keperluan termasuk pengurusan jenazah dengan sempurna.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im Mokhtar dalam satu kenyataan merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Almarhum, khususnya anak-anak beliau di Malaysia.

“Semoga seluruh ahli keluarga diberikan ketabahan dan kekuatan atas kehilangan insan tercinta. Marilah kita semua mendoakan semoga roh Almarhum dikurniakan husnul khatimah dan ditempatkan dalam kalangan para solihin,” katanya.

Setakat ini, pihak Tabung Haji terus komited dalam memastikan kebajikan dan kesihatan para jemaah haji Malaysia sentiasa terpelihara sepanjang musim haji 1446H.

‎اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه

WhatsApp
Scroll to Top