IKIM MELANCARKAN BUKU BAHARU DAN PODCAST RADIO IKIM SEMPENA PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (PBAKL) 2023

\"\"
Oleh Hajah Maslina binti Alias, Pengurus Berita Radio IKIM

 

KUALA LUMPUR, 29 Mei (IKIM) – Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) melancarkan tujuh buah buku baharu terbitan IKIM bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 yang berlangsung di Pusat Dagangan Putra (WTC) Kuala Lumpur hari ini.

Majlis pelancaran dirasmikan oleh Pengerusi IKIM, Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty di Pentas Utama yang turut disaksikan oleh Ketua Pengarah IKIM, Prof. Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil; Pengurus Besar Radio, Tn. Hj. Mahathir Shaharuddin dan Ketua Unit Teknologi dan Digital (UTEL) IKIM, En. Mohd Zainal Ghani.

Antara buku baharu yang diterbitkan IKIM ialah Khayra Ummah Siries 8: Demystifying Islamophobia: Towards A Deeper Understanding Of Islam; Islam dan Kesihatan Mental; Terjemahan Kitab al-Muqaddimāt dan al-ʿAqīdah al-Wusṭā al-Imām al-Sanūsī Ke Arah Pemerkasaan Akidah Islam di Alam Melayu; Khayra Ummah Siries 7- Islam And Disruptive Technologies; The Art of Disputation In Islam; Values & Rules Compliance In Islamic Economics And Muamalat dan Wacana Khas New Zealand Paling Islamik: Malaysia Bagaimana?.

Pada majlis yang sama, IKIM turut melancarkan podcast Radio IKIM yang merupakan platform yang menyediakan segmen program di radio seperti Tafsir Al-Quran, Tarbiah, Feqah, nasihat perkahwinan, motivasi diri, kesihatan, dan banyak lagi.

Podcast Radio IKIM boleh diakses melalui laman web Podcast.ikim.my dan juga boleh didapati di platform Spotify IKIMfm.

 

 

\"\" \"\" \"\"

\"\"

\"\"

Scroll to Top