IKIM KUKUHKAN SEMANGAT KEKITAAN MENERUSI IBADAH KORBAN

KUALA LUMPUR, 10 Jun (IKIM) – Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menerusi Kelab Kebajikannya menyempurnakan ibadah korban dengan penganjuran Program Korban IKIM 2025, di sini hari ini. 

Sebanyak dua ekor lembu telah dikorbankan pada program ini dengan penyertaan dalam kalangan warga kerja IKIM. 

Ketua Pengarah IKIM, Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil berkata, program yang menjadi tradisi IKIM ini dibuat selain bagi menyahut seruan perlaksanaan ibadah korban, ia juga medan memperkukuh ukhwah dan semangat kekitaan dalam kalangan warga kerja IKIM. 

“Dengan program ini, dapat membawa ikatan ukhwah yang semakin kuat,” ujar beliau. 

Bagi Pengerusi Kelab Kebajikan IKIM, Hj. Abu Bakar Yang, pihaknya tidak menolak sekiranya ada pihak yang ingin berkolaborasi bersama dengan penganjuran program korban ini. 

“Dua ekor lembu yang disempurnakan korbannya ini akan diagihkan kepada kakitangan IKIM kyang berhak dan layak,” kata beliau. 

Majlis yang bermula jam 8 pagi itu disertai oleh warga kerja IKIM bermula dengan proses menyembelih, melapah, agihan daging korban dan memasak untuk jamuan makan bersama seluruh warga kerja IKIM. 

WhatsApp
Scroll to Top