PUTRAJAYA, 5 Nov (IKIM) – Satu sesi khas Diskusi Ilmiah telah diadakan sempena Lawatan Kerja Delegasi Kementerian Pendidikan Afghanistan ke Kementerian Pendidikan Malaysia pada Isnin (4 Nov) di sini.
Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty, Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) diundang bagi menyampaikan diskusi kepada delegasi yang hadir.
Beliau dalam sesi tersebut berkongsi amalan pendidikan terbaik di Malaysia yang boleh dimanfaatkan oleh Afghanistan serta pendekatan yang positif dan konstruktif.
Media Afghanistan dalam pada itu berkata delegasi yang hadir turut memberi gambaran menyeluruh tentang pencapaian, cabaran, dan peluang pendidikan Afghanistan kepada pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia, cendekiawan yang dihormati, dan guru-guru dari sekolah serta madrasah.
Sepanjang perbincangan itu, pegawai dari kedua-dua negara turut bertukar pandangan saintifik dan membincangkan potensi bidang kerjasama bersama.
Dalam pada itu, kerajaan Afghanistan boleh memanfaatkan pandangan yang berharga dari Malaysia yang mungkin memberi pengaruh positif terhadap perubahan dasar pendidikan di Afghanistan.