Bryan Loo, CEO Tealive hadir ke Radio IKIM

 

\"\"

Kuala Lumpur, 23 Mei 2023 (IKIM) : Radio IKIM berbesar hati menerima kunjungan hormat Pengasas & CEO Tealive Parent Company, Mr. Bryan Loo yang hadir ke Radio IKIM semalam.

Kehadiran Mr. Bryan Loo bersama Pengarah Urusan Telaga Biru Sdn. Bhd, Datuk Dr. Hj. Zahazan Mohamed disambut oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil, Ketua Pengarah IKIM dan dibawa melawat ke konti Radio IKIM.

Dalam sesi perbincangan khas yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah IKIM sebelum itu, pelbagai idea dan peluang kerjasama antara radio IKIM, Telaga Biru dan syarikat Tealive telah dibincangkan.

\"\" \"\"
Scroll to Top