DI DALAM al-Quran dalam surah at-Taubah ayat 114, Allah S. W. T menyebut tentang keluarga Nabi Ibrahim a.s sebagai contoh kekeluargaan yang terbaik yang banyak melahirkan keturunan dan zuriat-zuriat yang soleh dan solehah. Sifat terpuji yang terdapat dalam diri Nabi Ibrahim a.s. ini ialah sifat \’Halim\’ dan \’Rahim\’. Sifat Halim yang termaktub dalam ayat tersebut seperti berikut, \”Dan permintaan ampun dari Ibrahim kepada Allah untuk bapanya tidak lain hanyalah kerana suatu janji yang telah diikrarkan kepada bapanya itu. Maka ketika jelas bagi Ibrahim bahawa bapanya itu adalah musuh Allah, maka Ibrahim berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Ibrahim adalah yang sangat lembut hatinya lagi penyantun\”. Sifat \’Halim\’ atau penyantun inilah yang dirujuk sebagai sifat terpuji dalam konteks kekeluargaan dan maksudnya yang lebih jelas ialah sifat luaran seseorang yang dipaparkan secara zahir yang perlu ada . Sifat Halim dizahirkan dalam tingkahlaku seperti percakapan, ucapan salam, adab berziarah, memudahkan urusan dan sebagainya.
Pada siri perbincangan dalam rancangan Pesona D\’Zahra di IKIMfm pada hari Isnin jam 10.15 pagi, Ustaz Muhammad Abdullah al-Amin mengupas tentang sifat-sifat terpuji tersebut di mana Allah akan memberi pahala sekiranya diusahakan. Sifat yang satu lagi adalah sifat \’Rahim\’ iaitu sifat dalaman yang membabitkan sifat-sifat seperti pengasih, penyayang, sabar, ihsan dan pemaaf. Di dalam rumahtangga perlu ada kedua-dua sifat Halim dan Rahim. Atas asbab memiliki sifat soleh dan penyantun inilah, maka ketika Nabi Ibrahim a.s. berdoa kepada Allah swt. setelah sekian lama untuk mendapat zuriat yang soleh dan sabar, lalu beliau dikurniakan keturunan yang juga merupakan nabi serta rasul iaitu Ismail dan Ishak a.s. seperti tertera dalam maksud Surah as-Saffat ayat 10, \”Maka Kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang sabar\”.
Menurut Ustaz Muhammad, dalam ayat ini Allah SWT memuji sifat Halim kerana mereka yang bersifat sedemikian akan memperolei kegembiraan sebagaimana orang yang berada dikelilingnya juga akan dipengaruhi. Menurut beliau lagi, sifat luaran iaitu sifat Halim inilah yang menjadi pencetus kepada sesuatu hubungan antara lelaki dan wanita apabila sesuatu sikap terzahir berdasarkan percakapan yang lemah lembut dan sifat kasih sayang. Golongan utama yakni yang dianggap lemah yang perlu mendapat kasih sayang dan manfaat daripada sifat berkenaan ialah anak yatim serta wanita.
Walaubagaimanapun sifat tersebut perlu dizahirkan secara istiqamah untuk sesebuah rumahtangga kekal harmoni kerana ianya boleh hilang sekiranya tidak diamalkan oleh pasangan. Hanya 20% sahaja manusia yang dianugerahkan sifat Halim dan Rahim ini secara semulajadi ada dalam diri mereka tanpa perlu diusahakan. Mereka dianugerahkan sifat Halim secara al-Wahab atau Wahbiah.
Manakala sebahagian besar yang lain perlu menggarap sifat ini secara Kasbiah iaitu melalui jalan usaha seperti mencari ilmu mempertingkat diri bagi kerukunan rumahtangga. Walaubagaimanapun Allah memberi ganjaran yang tinggi kepada sesiapa yang berusaha memupuk sifat-sifat terpuji ini. Cara untuk mendapat sifat tersebut ialah dengan mempunyai tiga perkara tersebut, pertama, Niat untuk menjadi pasangan suami atau isteri yang soleh dan mempunyai dua sifat iaitu kedua, Ilmu untuk pasangan tersebut sebagai hidayah dengan jalan taufiqnya iaitu mencari ilmu pengetahuan dan ketiga, perlu ada individu atau kelompok ilmuwan yang mentarbiyah pasangan ini seperti majlis ilmu atau kuliyyah yang mereka sertai. Hadith Nabi Muhammad S.A.W menyebut, \”Sayangilah akan Rahim, sayangikah kamu apa-apa yang ada di dunia ini\”. Di dalam hadith yang lain ada menyebut, \”Sayangilah akan Halim. Sayangilah kamu akan apa yang ada di bumi ini , kamu akan disayangi oleh mereka yang di langit”.
Rencana ini telah disiarkan dalam segmen Agama akhbar Berita Harian edisi 10 Julai 2017