BAZAR RAMADAN ‘PETRONAS SEPANG INTERNATIONAL CIRCUIT’ MERIAH

SEPANG, 16 Mac (IKIM) – Bazar Ramadan di Petronas Sepang International Circuit (SIC), di sini meriah dengan kehadiran pengunjung yang turut serta bersama kehadiran penyampai-penyampai IKIMfm dalam program Mahabbah Madani Ramadan @ Bazar SIC semalam. 

Bazar anjuran Majlis Perbandaran Sepang (MPS) dengan kolaborasi Petronas SIC itu turut mendapat kerjasama IKIMfm selaku rakan media. 

Bazar yang pertama kali dianjurkan di lokasi ini bermula dari 1 sehingga 28 Mac menawarkan pelbagai juadah istimewa bagi memudahkan masyarakat setempat mendapatkan juadah berbuka. 

Berita IKIMfm menemui beberapa pengunjung yang hadir merasakan keterujaan dengan penganjuran bazar di lokasi ini kerana selain daripada kepelbagaian juadah, pengunjung juga boleh melihat acar lumba yang diadakan. 

Bagi petugas di litar ini, Mohd Syafiq Md. Jani, Muhammad Haris Danial Rawi dan Rawi Bakar, mereka menyifatkan bazar ini dapat memudahkan urusan mereka ketika bekerja kerana tidak perlu ke lokasi yang jauh untuk mendapatkan juadah berbuka.

Manakala bagi peniaga, Syazwan Saifuddin beliau berkata meskipun kali pertama dianjurkan di lokasi ini, sambutan meriah di kalangan pengunjung yang hadir. 

Program Mahabbah Madani Ramadan @ Bazar Petronas SIC dimulakan dengan sesi ramah mesra bersama penyampai yang hadir antaranya Suffian Amrin, Tyzo Xender, ElMuhsin, Norhayati Paradi, Mona Jasman, Syafiq Salleh dan Batrisya Afrina. 

Pengunjung kemudian diberikan bubur lambuk secara percuma sumbangan En. Mohd Firdaus, Pengurus Besar Best Marketing & Distribution Sdn. Bhd. yang turut serta menyampaikan bubur lambuk bersama Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil. 

Selaih itu, tazkirah berkaitan wakaf juga disajikan kepada pengunjung oleh Pengarah Wakaf IKIM, Hj. Abu Bakar Yang. 

Turut hadir dalam program ini, Ketua Pengarah IKIM, Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil dan Pengarah Pusat Media IKIM, Hj Ahmad Fuad Mat Ali. 

WhatsApp
Scroll to Top