Oleh: Haziq Izzuddin Abdullah
PASIR GUDANG, 30 Jun (IKIM) – Program Himpunan Anak Muda Peringkat Negeri Johor 2026 yang diadakan di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang hari ini memberi penekanan terhadap sahsiah diri dengan berlandaskan tauladan Rasulullah S.A.W. sebagai usaha melahirkan generasi yang berilmu dan kuat dalam menghadapi cabaran masa kini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan menegaskan bahawa setiap umat islam terutama dalam kalangan anak muda harus menitikberatkan kualiti-kualiti dari Baginda S.A.W.

“Bila kita bercakap tentang tauladan Baginda S.A.W., kita mesti terapkan pemikiran baginda, akhlak baginda, percakapan baginda dan kepimpinan baginda,” kata beliau ketika berucap dalam majlis himpunan hari ini.
Beliau berkata bersama nilai-nilai yang diterapkan serta himpunan anak muda yang bakal diperluaskan, sekali gus mencipta gelombang kebangkitan anak muda dalam persiapan menjadi bakal pemimpin negara.

Tambah beliau, pihaknya memahami minat dalam kalangan anak muda dan tidak menghalangunya malah akan memandu minat mereka ke arah yang lebih baik.
Turut hadir Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Haji Amidi Abdul Manan; Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil; Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Haji Zamri Zainal Abidin dan Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Ibrahim Sultan Pasir Gudang, Tengku Nadzion Tengku Ibrahim




