57 KAPAL GLOBAL SUMUD FLOTILLA BERSEDIA TERUSKAN MISI KE GAZA

KUALA LUMPUR, 11 Mei (IKIM) – Sebanyak 30 kapal Global Sumud Flotilla yang berlayar dari Kepulauan Crete selamat tiba di Pelabuhan Marmaris, Turkiye pada 10 Mei lalu, menjadikan keseluruhan 57 kapal kini berhimpun bagi meneruskan misi kemanusiaan ke Gaza.

Menurut Sumud Nusantara Command Center (SNCC), seluruh kru sedang menjalani proses penyelarasan logistik dan persiapan akhir sebelum memasuki fasa akhir pelayaran, manakala semua peserta Malaysia berada dalam keadaan baik dan bersedia meneruskan misi.

SNCC turut mengesahkan dua aktivis kemanusiaan antarabangsa, Thiago Ávila dan Saif Abukeshek, telah dibebaskan selepas ditahan selama 11 hari di perairan antarabangsa berhampiran Greece.

Misi itu bertujuan mendesak pengabsahan koridor maritim kemanusiaan ke Gaza di bawah undang-undang antarabangsa selain menggesa rakyat Malaysia terus memperkukuh advokasi pembebasan Palestin melalui penyebaran maklumat sahih dan doa berterusan.

WhatsApp
Scroll to Top