MAJLIS IFTAR NGO PERKUKUH SINERGI MAIM–YADIM

PUTRAJAYA, 26 Februari (IKIM)– Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menerusi Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) menganjurkan Forum Peradaban dan Majlis Iftar NGO di Masjid Putra, Presint 1, Putrajaya, malam tadi.

Program kali ke-10 sejak 2016 itu menghimpunkan lebih 400 pimpinan NGO Islam dan wakil pertubuhan bukan Islam dalam suasana harmoni dan penuh persaudaraan.

Forum bertemakan “Membangun Adab, Membina Negara” menampilkan Ustaz Azlan Shah bin Nabees Khan; Encik Thai Ming Yeow; Rev. Dato’ Jonathan Jesudas; dan Dr. Thurai Chantheran .

Majlis dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli Hasan yang menegaskan peranan NGO sebagai ejen perpaduan dan pembangunan sosial selaras aspirasi Malaysia MADANI.

Institut Kefahaman Islam Malaysia turut diwakili Encik Mohd Noor Omar, Felow Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik IKIM.

Kehadiran wakil komuniti Buddha, Kristian dan Hindu pada majlis kali ini mencerminkan kematangan dialog antara agama serta komitmen bersama dalam memperkukuh keharmonian negara.

Sumber Gambar : YADIM

WhatsApp
Scroll to Top