PENGERUSI IKIM, MUHAMMAD NUR MANUTY MENINGGAL DUNIA

SERDANG, 26 Jun (IKIM) – Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty telah kembali ke rahmatullah pada 11.27 pagi, di Hospital Sultan Idris Shah, di sini hari ini. 

Berita mengenai kematian beliau disampaikan menerusi hantaran WhatsApp oleh Pegawai Khas Pengerusi IKIM, Amir Firhan Rosli. 

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat umat Islam dan negara, khususnya dalam bidang dakwah, keilmuan dan pemikiran Islam.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampuni segala dosa-dosa beliau, dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang soleh dan beriman.

*berita lanjut menyusul

WhatsApp
Scroll to Top