UIAM BAWA BUDAYA ILMU MENERUSI SIRI JELAJAH SYARAHAN IDEA MADANI

GOMBAK, 8 Mei (IKIM) – Siri jelajah Syarahan Idea Madani rasmi dijalankan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada Khamis (7 Mei).

Menurut Rektor UIAM, Profesor Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar, syarahan yang dilaksanakan di universiti ini bukan berunsur politik, malahan ia bersifat ilmiah untuk menggalakkan perbincangan dalam golongan mahasiswa mengenai idea Madani.

Kata beliau, Madani merupakan sebuah konsep yang digagaskan oleh Ibnu Khaldun yang merujuk kepada maksud pembangunan dan kemodenan, dan telah lama diperakui oleh ilmuan silam lain termasuk Aristotle dan Al-Farabi.

“Ia berkaitan dengan isu pembangunan insan, masyarakat dan negara yang baik,” ujar beliau.

Beliau turut menegaskan bahawa syarahan ini penting sebgai usaha mempopularkan konsep Madani untuk membetulkan persepsi dan salah faham masyarakat tentang konsep Madani itu sendiri.

Antara salah faham popular terhadap konsep Madani ini ialah Madani dianggap sebagai sebuah idea sekular bercanggah dengan agama.

“Sebenarnya istilah itu neutral. Saya harap siri syarahan ini akan membuka minda kita,” ujar beliau.

Sesi tersebut juga hangat hasil perbagai soalan yang diutarakan oleh ahli akademik serta pelajar dari pelbagai universiti pada akhir syarahan tersebut.

Program ini dianjurkan oleh Sekretariat Taskforce Pengukuhan Madani Universiti Islam Awam Malaysia.

Selaku pengerusi sekretariat, sesi syarahan bulanan ini akan dilakukan di UIAM. 

Siri kedua akan berlangsung pada 4 Jun.

Turut hadir Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Jalinan Komuniti) UIAM, Prof Datuk Dr Mohamad Fauzan Noordin.

Disediakan oleh Husna Fathiyyah Mohd Fairuz

WhatsApp
Scroll to Top