KUALA LUMPUR, 15 April (IKIM) – Jenazah Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi selamat disemadikan di Makam Pahlawan, di sini hari ini.
Ribuan hadirin terdiri daripada ahli keluarga, para pemimpin negara, orang kenamaan serta rakyat jelata turut serta mengiringi jenazah yang diusung oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sehingga ke pintu pagar Makam Pahlawan selepas sesi solat jenazah di Masjid Negara tamat.
Solat jenazah itu diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negara selepas solat Zohor tadi.
Abdullah, 85 yang lebih dikenali sebagai ‘Pak Lah’ menghembuskan nafas terakhirnya di Institut Jantung Negara (IJN) pada jam 7.10 malam semalam (14 April).
Berita oleh Husna Fathiyyah Mohd Fairuz