KUALA LUMPUR, 15 April (IKIM) — Suasana suram menyelubungi Masjid Negara di sini hari ini dengan orang ramai mula hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada bekas Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal dunia petang semalam.
Ahli keluarga, ahli politik dan kenalan rapat yang hadir dibenarkan memasuki ruang masjid secara berperingkat untuk memberikan penghormatan terakhir bermula 10 pagi hingga 1 tengah hari.
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang diiringi pegawai penjara turut hadir memberikan penghormatan terakhir kira-kira 10.40 pagi.
Turut kelihatan, Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Muhammad dan Mohd Najib Razak; Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan; bekas Perdana Menteri ketiga Singapura, Lee Hsien Loong; bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Rosmah Mansor.

Sementara itu, Ahmad Maslan ketika ditemui media berkata Abdullah banyak berjasa dan menyumbang kepada negara.
“Beliau turut mencipta suatu slogan yang cukup diingati oleh rakyat “Cemerlang, Gemilang, Terbilang” mencerminkan keupayaan, kejayaan sesebuah masyarakat dan sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang, “ ujar beliau.

“Saya secara peribadi amat terkesan dengan pemergian kerana beliau ketika itu selaku Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional telah menandatangani watikah untuk menjadi calon ahli parlimen pontian pada tahun 2008,” tambah beliau.
Paklah juga dikenali sebagai pemimpin yang memberi kemenangan yg amat besar pada pilihanraya 2004, walau demikian hayat beliau menjadi PERDANA MENTERI itu tidak lama tapi cukup memberikan kesan.

Terdahulu, jenazah dibawa keluar dari kediamannya di Bait Badawi, persiaran Tuanku Jaafar sekitar 8.10 pagi untuk dikafankan dan disolatkan di Masjid Negara.
Abdullah, 85, menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 7.10 malam tadi.
IJN dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Abdullah dimasukkan ke hospital pagi Ahad selepas mengalami kesukaran bernafas.