KEPIMPINAN ANWAR IBRAHIM DIPUJI DI PERINGKAT ANTARABANGSA

KUALA LUMPUR, 10 Januari (IKIM) – Kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipuji dengan pelbagai usaha serta teguh dalam mempromosikan dialog peradaban walaupun berdepan pelbagai cabaran.

Dalam satu artikel oleh Peter T. C. Chang, merupakan Felo Pelawat Kanan di Program Kajian Sosial dan Budaya Serantau (RSCS), ISEAS – Institut Yusof Ishak yang diterbitkan pada 6 Januari lalu berkata Perdana Menteri yang mengagaskan Kerangka Malaysia Madani, berteraskan nilai-nilai Islam progresif, bertujuan mewujudkan sebuah masyarakat pluralistik dan inklusif. 

Inisiatif ini mencerminkan komitmen beliau terhadap keharmonian dan pemahaman dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Anwar dengan Inisiatif Peradaban Global China di peringkat antarabangsa, kerjasama itu selaras dengan visinya dalam The Asian Renaissance, yang menyeru kepada kewujudan bersama secara aman antara peradaban. Perkongsian ini menyediakan platform untuk merealisasikan ideanya dengan menggalakkan kerjasama bersama demi kebaikan bersama.

Peter menyebut sebagai seorang pemimpin Muslim, Anwar Ibrahim telah lama memperjuangkan visi progresif untuk mewujudkan keharmonian antara peradaban dunia. Fokus utama visinya adalah mempromosikan dialog antara tradisi keagamaan dan falsafah yang berbeza. Walaupun usahanya berjaya meningkatkan kepercayaan antara pelbagai kumpulan, ia lebih tertumpu kepada meredakan konflik antara manusia terutama berbilang bangsa dan agama.

Dalam artikel tersebut turut menyebut bagaimana Perdana Menteri Anwar Ibrahim terus lantang dan mengkritik kekejaman rejim Zionis Israel. Anwar turut menyeru gencatan senjata segera dan memperjuangkan kedaulatan Palestin melalui penyelesaian dua negara. Pendirian Anwar yang teguh mengenai perjuangan Palestin telah kekal sejak zaman beliau bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), melihatnya sebagai isu asas dalam keimanan dan keadilan Islam.

Sesetengah penganalisis menggambarkan konflik ini sebagai cerminan kecil daripada perjuangan lebih besar antara dunia Barat dan dunia Islam, yang semakin meningkatkan ketegangan serta mendalamkan perpecahan global.

Bagi Anwar, krisis Gaza adalah cabaran besar kepada visinya mengenai Asian Renaissance, yang menekankan keharmonian global dan dialog peradaban. Namun, keganasan yang berterusan ini menunjukkan kesukaran untuk mencapai kewujudan bersama secara aman. Kegagalan untuk mendapatkan gencatan senjata di Gaza menekankan lagi kerumitan dan kepentingan segera untuk menangani konflik yang mendalam ini.

Dalam merencana pelbagai idea ini, bagi merealisasinya pelbagai cabaran dilalui Anwar. Di dalam negara, visi Malaysia Madani Anwar dianggap oleh sesetengah pihak sebagai ancaman kepada cara hidup Islam mereka. Di luar negara, konflik yang sukar diselesaikan seperti perang Gaza menonjolkan realiti bahawa kewujudan bersama peradaban masih merupakan aspirasi yang jauh. Tambahan pula, sebagai pemimpin Muslim, Anwar amat prihatin terhadap isu Islamofobia yang meluas, yang terus melemahkan usaha untuk merapatkan jurang antara peradaban.

Namun begitu, meskipun cabaran-cabaran ini wujud, komitmen Anwar terhadap dialog peradaban tetap teguh. Beliau yakin bahawa bergerak ke hadapan terletak pada memperkukuh, bukan mengurangkan, interaksi antara peradaban dunia untuk menangani krisis semasa.

WhatsApp
Scroll to Top