GENERASI MUDA DISARAN PERBANYAKKAN ILMU

BENTONG, 9 Januari (IKIM) – Generasi muda bakal pemimpin negara disaran perbanyakkan ilmu pengetahuan dan membudayakan pembacaan dalam kehidupan mereka. 

Demikian saranan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im Mokhtar ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Penutup program Nadwah Kepemimpinan Islam Generasi Madani Peringkat Antarabangsa Sekolah Berasrama Penuh 2024/2025 di sini hari ini. 

“Selain tanam niat yang baik untuk perubahan, mesti ada rasa cinta pada ilmu,” ujar beliau. 

Beliau ketika berucap kepada seramai 136 pelajar yang hadir itu turut mengajak generasi muda ini untuk menjadi contoh terbaik buat rakan-rakan serta mempamerkan akhlak yang mulia dan nilai-nilai yang baik. 

Program yang pertama kali dianjurkan di peringkat antarabangsa ini turut menerima penyertaan pelajar-pelajar dari luar negara antaranya dari Jakarta, Thailand, Singapura dan Scotland (UK). 

Program selama empat hari ini anjuran bersama Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Bahagian Kepimpinan Muda, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Program ini selaras dengan tonggak Keyakinan dan Ihsan dalam teras Malaysia MADANI yang menekankan kepemimpinan berlandaskan wahyu dan nilai belas ihsan. 

Pengisan program selama empat hari ini merangkumi forum, latihan berkumpulan dalam dan luar kelas, sesi explorace, pertandingan ikon dakwah serta pembentangan hasil latihan. 

Turut hadir dalam majlis ini Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Zamri Zainal Abidin dan Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid dan Kepimpinan, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh KPM, Roslina Binti Abd Aziz. 

WhatsApp
Scroll to Top