KALI PERTAMA ZIARAH PUSARA AYAH SETELAH 7 TAHUN DISEMADIKAN DI TANAH SUCI

\"\"

Makkah,17 Jun (IKIM) – seorang petugas TH bagi Musim Haji 1437H/2016M, Allahyarham Haji Sajari bin Sawi, 56, meninggal dunia di Tanah Suci pada hari Rabu, 14 September 2016 jam 6.10 pagi (waktu Arab Saudi) di Khemah Mina, Maktab 83, Arab Saudi, akibat serangan jantung

 

Allahyarham telah diuruskan oleh petugas TH dan dikebumikan di Perkuburan Syaraek, Makkah selepas solat Zohor, pada Rabu, 14 September 2016.

 

Nurul Syazwani Sajari, 32, dan adiknya Nurul Farhanah, 29, yang kini berada di Tanah Suci untuk menunaikan ibadat haji, dibawa petugas Tabung Haji (TH) ke kawasan perkuburan itu, kira-kira 15 kilometer dari maktab penginapan mereka di Abraj Janadriyah di sini.

 

Menjejakkan kaki di hadapan tanah perkuburan Syaraek yang menampatkan sekujur tubuh ayahanda tercinta yang tidak dapat di tatap wajah terakhirnya sebelum di semadikan bukanlah detik yang mudah untuk kedua-dua beradik ini.

 

Menurut Nurul Syazwani, emosinya sebelum ini sudah tersentuh setelah melihat petugas TH yang mengenakan pakaian seragam seperti pernah dipakai ayahnya, ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammad bin Abdulaziz, 30 Mei lepas.

 

Mengimbau kembali kenangan terakhir sebelum Allahyarham berangkat ke Tanah Suci di Kompleks TH Kelana Jaya, Nurul Syazwani berkata ayahnya berpesan supaya dia menjaga solat dan dua adiknya, Nurul Farhanah dan Muhammad Syamil, 28.

 

Setelah 7 tahun, inilah kali pertama dua beradik ini dapat menjejakkan kaki ke sini bagi menziarahi kubur ayahanda mereka.

 

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, mendapat keampunan Allah SWT, serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan anak-anak ini menjadi anak-anak soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan kedua ibubapa mereka.

 

\"\"

NORHAYATI PARADI

Makkah al Mukaromah untuk Radio IKIM

WhatsApp
Scroll to Top